KL CHRONICLE: STAF PRASARANA SAMBUT AMBANG MERDEKA DI MEKAH DENGAN LATIHAN SIMULASI 24 JAM @MyRapidKL

Sunday, August 30, 2015

STAF PRASARANA SAMBUT AMBANG MERDEKA DI MEKAH DENGAN LATIHAN SIMULASI 24 JAM @MyRapidKL



Displaying DEMI NEGARA ... Haji Khairani (tengah, berbaju kelabu) bersama-sama dengan staf Prasarana di Makkah Metro.JPG
Haji Khairani (tengah/berbaju gelap) bersama-sama dengan anak-anak buahnya memperagakan Jalur Gemilang sebagai lambang patriotik mereka.

#KLChronicle : Dikala Cina DAP sedang berdemonstrasi haram mengganggu rakyat di Kuala Lumpur. Sekumpulan kakitangan PRASARANA beragama Islam yang berada di Mekah kini mengharumkan nama negara dan berkhidmat bagi memastikan jemaah Haji dapat melakukan ibadah dalam keadaan yang selesa. Tahniah!

MEKAH, 30 Ogos -- Mereka mungkin berada di perantauan dan berkhidmat beribu-ribu batu daripada tanahair. Namun, pada hati dan semangat mereka tetap kepada tanahair khususnya di ambang sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 58 esok.

Berkhidmat di Mekah untuk operasi perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro, mereka hari ini memulakan latihan simulasi 24 jam bagi memastikan para jemaah haji daripada seluruh dunia menikmati perjalanan yang selesa dan mudah ketika menunaikan haji nanti.



“Kami di sini bukan sahaja untuk Prasarana; tetapi untuk Malaysia dan saudara-saudara Islam kami di seluruh dunia. Untuk Malaysia yang bakal meraikan Hari Kemerdekaan ke 58, kami mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan.

“Komitmen kami di sini kepada negara adalah untuk menghasilkan tugas yang sebaik mungkin untuk memertabatkan nama Malaysia di pentas antarabangsa,” kata Muhammad Fardzreen Abdul Razak, yang diletakkan untuk berkhidmat di Mekah sejak Mei lepas.

Displaying DEMI NEGARA ... Fardzreen di Stesen Arafat.JPG
Muhammad Fardzreen ketika bertugas di Stesen Arafah.
Bertugas sebagai eksekutif bahagian kesihatan dan keselamatan pekerja, Fardzreen, berkata bekerja di perantauan di Tanah Suci Mekah tentunya mengharungi cabaran khususnya dari aspek keadaan cuaca dan senarai tugas yang banyak yang perlu dilaksanakan dalam masa yang singkat.

“Saya antara anggota kumpulan yang awal datang ke sini. Di kalangan kami, ada yang terlibat secara langsung dalam proses penerimaan segala aset yang berkaitan dengan operasi tren daripada pengendali yang terdahulu. Semua barang dan aset perlu diperiksa dan didokumenkan sebelum urusan seterusnya boleh dijalankan.

“Alhamdulillah, berkat usaha gigih dan kerjasama erat semua rakan-rakan di sini serta doa rakan-rakan kami di Malaysia, segala persiapan berjalan lancar dan kini, kita sudah sampai ke fasa latihan terakhir iaitu latihan simulasi 24 jam yang bermula hari ini,” tambah Fardzreen, yang berasal dari Ulu Klang, Kuala Lumpur.

Seperti rakannya Muhammad Fardzreen, Encik Hamdan Mat Isa daripada Bahagian Operasi Tren (Train Operations) turut melahirkan rasa syukur kerana mendapat peluang bertugas di Tanah Suci Mekah Mukarammah.

“Ini bukan saja peluang untuk menambah pendapatan Syarikat. Tetapi, turut menaikkan imej Malaysia di persada dunia kerana mereka yang akan datang menunaikan fardhu haji nanti tidak melihat kita sebagai staff Prasarana tetapi duta Malaysia,” katanya.

Noor Hafiezie Adli Noorjali daripada Bahagian Tren (Rolling Stock) menganggap peluang bertugas di Makkah Metro memberi peluang kepada staf Prasarana mempamerkan kepada dunia untuk memperkasakan budaya tinggi Malaysia yang berbudi bahasa dan bertoleransi tinggi.

Pegawai keselamatan, Muhammad Izhar Ratiban, 27, pula melihat projek mengendali dan menyelenggara perkhidmatan Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro ini menjadi platform kepada rakyat Malaysia mempamerkan kebolehan mereka mengendalikan operasi tren yang paling mencabar di dunia.

Dibina oleh China Railway Construction Consortium (CRCC) pada 2009, projek Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro mula beroperasi sepenuhnya pada 2010 dengan dikendalikan oleh syarikat daripada negara China itu sehingga tahun lepas apabila kontrak operasi dan penyelenggaraan dianugerahkan kepada Prasarana pada Mei lepas.

Seramai 300 staf dan kakitangan Prasarana ditempatkan sementara di Tanah Suci Mekah bagi mengendalikan projek ini dengan disokong oleh kakitangan daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Express Rail Link (ERL).

Beroperasi hanya tujuh hari setahun pada musim haji, perkhidmatan Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro ini menghubungkan Jamarat, Mina, Mudzalifah dan Arafah, yang merupakan lokasi-lokasi wajib dalam menyempurnakan urusan haji. 

Mengulas persiapan menjelang operasi sebenar bermula 7 Zulhijjah nanti, Pengarah Projek Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro, Haji Khairani Mohamed memuji dedikasi dan komitmen staf dan kakitangan yang bertugas di Mekah.

“Cabaran terbesar yang kami hadapi adalah tempoh masa yang singkat daripada masa penyerahan aset kepada hari operasi. Namun, mereka di sini telah bekerja keras untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing untuk sampai ke peringkat ini.

“Hari ini bermula latihan simulasi 24 jam terus menerus sehingga bermula hari operasi. Kita sudahpun selesai fasa menguji tren dan juga sesi operasi ujian atau ‘trial ops’. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik.

“Berdasarkan apa yang saya lihat daripada kesungguhan dan dedikasi staf-staf saya di sini, saya yakin latihan simulasi 24 ini juga akan berjalan dengan baik seperti direncanakan. Kami sudah bersedia untuk memastikan perkhidmatan yang sebaik mungkin demi menaikkan mertabat Malaysia.

“Kejayaan projek ini adalah penting untuk keselesaan jemaah haji dari seluruh dunia dan juga Malaysia bagi membuka pintu kepada peluang-peluang perniagaan baru kepada syarikat-syarikat tanahair. Sukses projek ini adalah lambang semangat patriotik kami di Prasarana,” tambah Khairani, yang pernah bertugas sebagai juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget