Thursday, August 6, 2015

SPRM MENJAWAB SIASATAN MENGENAI SRC INTERNATIONAL #SaveSPRM




SPRM juga ingin mengulangi bahawa siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih dijalankan oleh SPRM. Siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dan isu SRC International merupakan dua perkara yang berbeza.



Oleh itu, SPRM mahu menekankan bahawa SPRM tidak pernah menyatakan kes yang disiasat ini  telah ditutup. Sebaliknya, SPRM hanya menyatakan ia bukan dari wang 1MDB. 

Diharap penjelasan ini akan memberi gambaran sebenar mengenai isu yang disiasat oleh SPRM. SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Adalah diharapkan semua pihak memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan  dengan menyeluruh tanpa membuat sebarang spekulasi.

Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour.  SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.



No comments:

Post a Comment