KL CHRONICLE: Solidariti Umat Islam di #DoaUntukMalaysia Berjaya, Bukti Kita #SehatiSejiwa

Sunday, August 16, 2015

Solidariti Umat Islam di #DoaUntukMalaysia Berjaya, Bukti Kita #SehatiSejiwa


Alhamdulillah akhirnya telah selesai program #DoaUntukMalaysia yang dihadiri oleh ribuan rakyat Malaysia beragama Islam tidak kira fahaman politik sama ada dari kerajaan mahupun pihak pembangkang. Solidariti yang ditunjukkan umat Islam malam tadi sudah pasti sesuatu yang positif bagi negara. 



Malah, kehadiran hampir semua pemimpin-pemimpin negara terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak dan barisan menteri beliau membuktikan bahawa kerajaan UMNO - Barisan Nasional sentiasa meletakkan Islam sebagai keutamaan dalam program yang dianjurkan.


Melihat juga mereka yang hadir ke program ini yang membawa anak & isteri merupakan satu perkara yang sangat positif. Sudah pasti jika ada segelintir yang boleh membawa anak isteri untuk berdemo kenapa tidak bawa mereka ke program yang baik sebegini?

Sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia, kami di #KLChronicle berharap program yang baik sebegini dapat diteruskan dan menjadi sebahagian daripada rantaian program sempena menyambut bukan kemerdekaan kita. Apa pendapat anda?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget