KL CHRONICLE: MCA Bidas "Charlie Hebdo" kerana menghina anak kapal dan penumpang #MH370

Monday, August 10, 2015

MCA Bidas "Charlie Hebdo" kerana menghina anak kapal dan penumpang #MH370



Tahniah diucapkan kepada Menteri Pengangkutan yang juga merupakan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama barisan kepimpinan belia iaitu Pengerusi Biro Publisiti MCA Senator Datuk Chai Kim Sen yang telah membidas dan mengutuk majalah satira Perancis 'Charlie Hebdo' kerana menyiarkan karikatur yang menghina anak kapal dan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.




Lebih menyedihkan, tindakan pemilik dan editor "Charlie Hebdo" mempersendakan juruterbang MAS dan anak kapalnya walaupun mereka sangat berdedikasi serta meraih banyak anugerah antarabangsa bagi kualiti dan perkhidmatan dalam penerbangan.Lebih jijik lagi, tindakan "Charlie Hebdo" ini hanya dibuat untuk meningkatkan jualan serta keuntungan mereka tanpa menghiraukan perasaan keluarga mangsa. 

Penerbitan satira oleh "Charlie Hebdo" ini susulan daripada penemuan flaperon di Pulau Reunion di Lautan Hindi baru-baru ini yang telah disahkan oleh pakar antarabangsa sebagai serpihan daripada MH370, pesawat Boeing 777 MAS, yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, pada 8 Mac tahun lepas.


1 comment:

Unknown said...

MCA sekarang ni dah terrorist !!!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget