KL CHRONICLE: Keyboard Warriors vs Viraliti... Selamatkah BN di PRU14?? @NajibRazak

Tuesday, August 11, 2015

Keyboard Warriors vs Viraliti... Selamatkah BN di PRU14?? @NajibRazak



1. Perang siber akan menjadi lebih sengit dan mencabar menjelang PRU14, dapatkah BN menyusuri arus ini dengan idea lapuk & terus tertinggal di belakang pembangkang seperti dua PRU lepas.

2. Semasa PRU12 BN kecundang teruk di media sosial bila pengharapan cuma diletakkan pada media mainstream untuk mengurus persepsi. Pembangkang bangkit dengan pelbagai blog & portal, BN tertinggal di belakang.



3. Menyedari kelemahan itu, pasca PRU12 BN mula menggerakkan tentera siber mereka dengan mengumpulkan ramai blogger-blogger di bawah pelbagai kumpulan seperti MyKMU, UMB, NadiRakyat & Brotherhood dengan peranan masing-masing.

4. Dalam masa BN baru bertatih dengan peranan blog pembangkang telah mewujudkan rangkaian cybertroopers RBA untuk bergerak di pelbagai platfom media sosial terutamanya Facebook. Walau cuba mengejar, BN masih tertinggal lagi di belakang dalam PRU13.

5. Dalam ucapan terbaru di Pasir Gudang, PMDS Najib Razak menyebut tentang peripenting peranan 'keyboard warriors' di media sosial dalam menangani kemelut persepsi yg makin buruk menimpa BN di bawah pimpinan DS Najib Razak.



1 comment:

Unknown said...

Selalu yg berlaku hari ini UMNO tewas dlm isu yg tak sepatutnya mereka tewas. Padahal pembangkang bukan mengkajipun setiap isu yg dilontarkan. Mereka hanya main tembak shj.
Contoh isu 2.6 billion. Saya nampak ramai yg cepat melatah. Mungkin kerana angkanya terlalu besar tetapi adakah kita faham amalan ketua parti menyimpan akaun amanah ini amalan biasa mana2 parti atau pertubuhan? Secara relevannya UMNO tahu PRU13 merupakan ibu segala pilihanraya dan mereka perlu gerakkan seluruh jentera terbaik utk kempen. Tun M sendiri pernah mengaku menyerahkan 1.4 billion kpd Pak Lah. Jadi apa yg pelik isu ini? Inilah masalah dlm UMNO ada ramai ejen perosak di dlmnya. UMNO wajib contohi PAS. Cantas semua dahan yg sudah rosak dlm UMNO agar tidak melarat hingga ke akar. Saya impikan UMNO yg bebas dimana ia jadi tempat rakyat mengadu tetapi apa yg berlaku ada pihak yg ambil kesempatan menyerang pemimpin. Akibatnya UMNO hilang kredibiliti. Bagaimana rakyat nak mengadu jika sudah tidak percayakan parti? Perspektif rakyat sesuatu yg amat serius. PAS kini makin pulih ada potensi kacau daun di Kedah Terengganu kerana puak2 ni.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget