Wednesday, August 12, 2015

Ke hadapan Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri Ke-4 Malaysia.


Tulisan Tun di blog Tun telah menghilangkan saki baki hormat saya kpd Tun. Tun tidak lagi menegur mahupun dalam mode game divertion spt yang banyak diperkatakan orang tapi lebih bersifat seperti mencabar undang2 yang membabitkan hasutan.



Apa yang sudah berlaku kepada seorang negarawan yang berpandangan jauh suatu waktu dahulu? Apakah disebabkan hasutan daripada kwn2 dan bekas-bekas financier yg hilang byk kepentingan termasuklah IPP dan projek2 kerajaan lain, menyebabkan Tun jadi sebegini rupa?

Tun berckp tentang derma RM2.6 bilion sebagai bullshit. Seingat2 saya perkataan 'shit' merupakan label penghormatan yang diberikan oleh Sasterawan Negara yang juga merupakan Profesor Emeritus USM, Shahnon Ahmad kepada Tun sndiri. Ia adalah perkataan taboo buat Tun. Perkataan yang menghiris-hiris penarafan dewa yang diberikan kepada Tun oleh golongan pengampu dan penjilat pada ketika Tun berkuasa dahulu. Perkataan yang dianggap sebagai merendah-rendahkan seorang pemimpin yang dikatakan amat mempengaruhi dunia oleh seorang penulis novel yang tidak lekang bercerita tentang nostalgia persekitaran pada zaman 50-an.

Kata Tun, mustahil ada pihak yang bermurah hati menderma sebanyak itu. Tapi Tun buat-buat lupa, masa Tun membantu negara-negara Islam termasuklah selatan Mindanao, adakah Tun korek duit tabung sendiri? Bukankah Tun juga memperolehi dan menggunakan sumbangan daripada beberapa buah negara termasuklah dari Arab Saudi dan Brunei untuk penghantaran bantuan kecemasan kepada umat Islam di Bosnia-Herzegovina, Kosovo, Palestin, selatan Thailand, Chechya dan sebagainya?

Mengapa keadaan yang sama tidak Tun gunakan dalam keadaan masakini? Zaman Tun, NED, OSI, NSI dan sebagainya tidak bermaharajalela di Malaysia. Zaman Tun, gerakan menumbangkan dan menghumbankan UMNO dan Barisan Nasional tidak sehebat mana selain modal yang digunakan pun hanyalah air liur. Anwar Ibrahim takut untuk menunjukkan wajah sebenarnya kerana bimbang kehilangan jawatan. Selepas hilang jawatan dan kedudukan pada tahun 1998, barulah Anwar Ibrahim menunjukkan siapa dia sebenarnya menerusi kedatangan Al-Gore yang menghitambirukan muka Tun secara berdepan-depan dalam ucapan yang terkenal memalukan itu? Selepas Anwar Ibrahim dipecat dan disingkirkan, barulah modal-modal besar dari Amerika Syarikat dan Jerman masuk ke negara ini secara terang-terangan.

Berapa banyak pula belanja yang telah dikeluarkan untuk menghitamkan watak Anwar Ibrahim sepanjang 1998 sehingga 2003? Adakah semua usaha tersebut diberikan secara percuma?

Benar, ia tidak mungkin keluar dari kocek peribadi Tun tetapi sudah tentu pengampu-pengampu projek kerajaan yang bernilai berbilion ringgit seperti Vincent Tan, Tiong Lay dan sebagainya amat bermurah hati untuk membantu. Yang Tun pertikaikan adalah mengapa akaun peribadi Najib dan Tun bandingkan dengan diri Tun yang tidak mampu dapatkan derma atau sumbangan daripada negara-negara Arab untuk mendirikan Universiti Islam Antarabangsa dan Pusat Islam Oxford.

Negara Arab mana yang berani menderma kepada Tun pada waktu itu? Kekaguman Arab kepada Malaysia hanya berlaku pada penghujung hayat Tun sebagai Perdana Menteri Malaysia, bukan antara tahun 81 sehingga 93. Negara Arab hanya pandang Tun dan Malaysia setelah kedatangan Allahyarham Yasser Arafat, pemimpin PLO Palestin ke Malaysia. Arab hanya menghormati Malaysia dan Tun hanya selepas kedatangan Aliya Izetbegovic, pemimpin Islam Bosnia. Kiblat Arab adalah Amerika Syarikat dan Eropah. Hanya selepas pemimpin-pemimpin baru Arab berkuasa dan melihat sendiri kemusnahan wilayah Arab menerusi perbuatan Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Arab Spring, barulah mereka ada otak dan cuba mencari jalan keluar agar tidak terus dicengkam oleh Amerika Syarikat. Mereka memerlukan sebuah negara yang baik dengan semua kuasa besar seperti China dan Russia untuk membantu mereka mengekalkan kuasa daripada dijatuhkan oleh rakyat sendiri.

Tun,

Tun mengulangi semula kisah 1MDB walaupun telah diterangkan berkali-kali oleh pengurusan dan CEO 1MDB. Tun berkali-kali bercakap tentang anak tiri Najib yang merupakan produser film. Tun berkali-kali bercakap tentang gaya hidup mewah Najib dan isterinya. Sekaligus mengingatkan saya kepada pembohongan berulang-ulang Anwar Ibrahim sehingga pembohongannya diterima sebagai satu kebenaran.

Tapi Tun lupa, projek perkampungan filem, perkampungan buku dan pelbagai projek perkampungan yang diwujudkan pada era Tun, berakhir tanpa nisan. Begitu juga dengan projek-projek mega yang akhirnya dikuasai oleh bukan Melayu, bukan Bumiputera. Melayu dan Bumiputera masih kekal berkolar biru. Kalau ada pun yang bernasib baik, mereka dilantik sebagai kepala GLC yang kemudian lupa diri dan lupa bahawa modal untuk menjutawankan mereka adalah dengan mengorbankan jutaan Melayu dan Bumiputera yang lain selain aset-aset Melayu dan Bumiputera seperti tanah. Ke mana pergi kesemua duit tersebut? Adakah ianya bersifat percuma juga seperti politik Tun sepertimana yang Tun dakwa?

Tun lupa bagaimana anak-anak Tun sendiri tidak hidup dengan menoreh getah atau mengerat padi. Pada kemuncak zaman reformasi, apabila kekayaan anak-anak Tun dipertikaikan dan punca kekayaan mereka, apa jawapan yang Tun berikan? Tun permainkan daya fikir rakyat Malaysia pada waktu itu dengan mengatakan, mereka berniaga dan tidak boleh makan gaji dengan kerajaan. Tetapi Tun tidak pernah menerangkan bagaimana perniagaan anak-anak Tun begitu berjaya dalam tempoh yang amat singkat dan kesemua perniagaan mereka pula berkaitan dengan projek kerajaan. Tun cuba membuatkan generasi saya melupakan skandal MISC yang diterajui oleh salah seorang anak lelaki Tun.

Najib juga sama seperti Tun. Sama-sama datang dari UMNO. Sama-sama berkuasa pada zaman masing-masing. Apa yang Tun racaukan sekarang, Tun tidak praktikkan pada zaman pentadbiran Tun. Tun hanya mahu Najib ikut acuan Tun tetapi ketika Tun memerintah dahulu, Tun pun tak ikut acuan yang diperkatakan sekarang sebaliknya menggunakan undang-undang sebagai perisai untuk terus berkuasa.

Saya tidak berminat untuk membela Najib daripada segala tuduhan Tun tetapi melihat kepada keadaan negara yang semakin kacau bilau dan dengan DAP yang bijak mengambil kesempatan memecah belahkan Melayu dan Bumiputera di negara ini bertitik tolak daripada permainan Tun, saya rasa jengkel yang amat sangat. Dengan tempoh berbaki masa 2 tahun, apa yang Tun dan juak-juak Tun lakukan sekarang adalah untuk memindahkan kuasa dari tangan Melayu dan Bumiputera kepada kelompok 16% penduduk rakyat negara ini.

Tak payahlah cerita tentang ketirisan wang negara kerana ketirisan lebih banyak berlaku pada zaman Tun. Golongan yang menentang Tun pada waktu itu masih hidup pada hari ini. Tulisan-tulisan dalam akhbar dan tabloid seperti Watan yang Tun haramkan dengan kuasa KDN, masih boleh dibaca dan disalin. Begitu juga dengan buku-buku politik yang tidak dibenarkan jualan atau dirampas, masih boleh diperolehi dengan mudah sama seperti buku-buku politik yang dibenarkan jualan atas nama mempertahankan kerajaan Tun.

Lebih baik Tun berehat daripada mengeluarkan pandangan. Tun memang hebat dan terbilang pada zaman Tun. Sama macam T-Rex terbilang dan terhebat pada zaman Jurasic. Sekarang adalah zaman haiwan-haiwan seperti singa, harimau dan jerung. T-Rex hanyalah fosil dan dipamerkan di muzium. Singa, harimau dan jerung masih lagi makhluk hidup dan merupakan apex rantaian makanan zaman kini.

Tak perlulah menggunakan nama Melayu dan negara lagi kerana apa Tun lakukan sekarang pun, lebih meranapkan negara dan Melayu berbanding yang Tun salakkan.

Saya hanyalah orang kecil tetapi saya adalah golongan yang cukup setia beratur pada awal pagi untuk memangkah mana-mana parti politik yang saya rasakan mampu menjaga negara ini, kalau tidak pun menjaga survival saya dan anak cucu saya pada masa hadapan. Tidak perlulah mengajar dan menyuruh kami berbuat itu ini hanya untuk memenuhi keegoan seorang bekas Perdana Menteri. Kami sudah cukup matang untuk membuat penilaian kami sendiri, sama ada untuk menyokong Najib atau menolak UMNO atau Barisan Nasional pada PRU akan datang. Kalau terjadi sesuatu yang buruk

3 comments:

  1. Nasib baik ade org tua ni lg, klau tak tah2 tau2 Malaysia dah bankrup. Dia berani bersuara dan suaranya benar.....kemusnahan bermula di zaman pak lah...5 negeri kemudian 4 jatuh ke tngan pembangkang....analisis mengatakan Penang , Kelantan dan Selangor akan kekal di tangan pembangkang utk pru2 akan datang. Wpun menang srsetgh kwsan, majoriti undi merudum wpun telah 'disuntik' dgn BR1M !!!!!....akan dtg., Melaka, N9 dan Pahang 50/50 utk diprrintah BN...Terengganu sedang ribut badai politik berpuak dlm Umno menunggu utk bertukar tangan
    Mengejutkan bukan??? PAS dulu hanya parti underdog, ' selekeh' ,telah bertapak di pekan dan bandar2, dulunya mereka hanya bernafas di ceruk pedalaman selarang mereka gergasi di Selangor antara negeri terkaya di Malaysia

    Tun memang zalim dan tak berhati perut tetapi tun berbuat demikian kerana mahu memartabatkan negara dan Islam. Tun tangkap dan ttup mulut celupar kerana beliau mahu bekerja keras, bagi tun adalah membazir masa , tenaga dan wang melayan kaki borak politik sampah, kpd yg besar kepala boleh bercuti di Kemunting !!!!
    Diakui trdapat ketirisan dlm zaman tun ttapi jumlahnya tidaklah begitu sehingga mlibatkan puluhan bilion
    1MDB setiap hari bercerita ttg membayar hutang berbilion !!!!!!!
    Rakyat mahu Najib undur ttapi di putarbelit mngatakn rakyat nak guling krajaan. Rakyat masih sayang Umno dan BN tetapi say no to Najib dan pengampu

    Zaman tun, rakyat senang cari makan, ekonomi berkembang, Malaysia terbilang di pentas dunia. Legasi tun yg dulu dikata gila atau projek gajah putih sekarang dikenali sbagai antara ikon negara dan diiktiraf dunia...sebut saja klcc, klia, circut sepang, putrajaya,tabung haji, pnb etc.
    Pak lah ???? Najib?????
    Sekarang, dunia sedang mntertawakan kita, menghina kita, rakyat terhimpit dgn GST wpun hal ini tlah dibentang di zaman tun ia tidak dilaksana
    Hanya Allah Yang Maha Mengetahui, bala dan bencana besar bertali arus di Malaysia, puluhan malah ratusan hilang nyawa, berbilion harta benda musnah berbeza dari zaman2 sebelumnya...
    Apakah ini ujian atau sememangnya peringatan mahupun hukuman Allah kerana salah, kebodohan dan kezaliman kita ?????

    Sudah2lah keyboard warrior, biarlah tun betcakap bagi pihak yang memantau dan mementingkan kebenaran. Anda boleh ambil gaji kw anda dan mewahkan anak bini tetapi tidak bagi kami orang kampung yg dikata tolol dan tidak berilmu

    ReplyDelete