1) Pada 3 Ogos SPRM report polis mengenai draf pertuduhan palsu yang dikeluarkan oleh Sarawak Report.
2) Lanjutan itu PDRM membuat siasatan. Dan dua pegawai tingginya melenting marah malah mengugut akan mencari siapa yang mengarahkan disiasat. ( Jawab elok-elok ini siasatan biasa akibat dari laporan sprm hari tu dan sprm serta PDRM hanya melaksanakan tugas atas kapasiti masing-masing. Siatan kes tidak terganggu dan dilakukan seperti biasa. tidak boleh ke?). 30 tahun kerja mesti tahu cara berkomunikasi pegawai kerajaan sesama agensi dan kepada pihak luar.
3) Lanjutan itu SPRM berkempen seolah mereka dianiaya dan bergambar bersama pembangkang yang datang melawat, menerima memorandum serta menerima kunjungan pemimpin pembangkang. Seolah-olah hendak bagitau mereka mendapat sokongan pembangkang. (Mereka di bahagian komunikasi SPRM seperti seronok sepatutnya menolak secara baik kehadiran parti politik. UMNO dan BN pun tidak berbuat demikian sebagai parti.)
4) Dua pengarah dipindahkan. Jelas ia masalah pentadbiran dan disiplin pegawai. SPRM sebagai badan bebas tidak boleh menunjukkan mereka sokong dan kelihatan sokong mana-mana pihak yang menyebabkan masalah kepada persepsi awam. Pekeliling perkhidmatan kerajaan juga jelas malah pernyataan awam SPRM serta kod etika SPRM jelas melarang pegawainya membuat kenyataan terbuka tanpa kebenaran Ketua Pesuruhjaya SPRM.
5) Perpindahan pegawai adalah perkara biasa secara pentadbiran dan bawah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan bukan kabinet.
Apa yang dijelaskan oleh TPM lebih tepat dan menepati maksud cara komunikasi anggota pentadbiran ( kabinet) kepada umum/ rakyat
No comments:
Post a Comment