KL CHRONICLE: @IsmailSabri : Buka Pusat IT untuk tingkatkan ekonomi usahawan melayu

Friday, August 14, 2015

@IsmailSabri : Buka Pusat IT untuk tingkatkan ekonomi usahawan melayu


KANGAR: Cadangan penubuhan 'Low Yat 2' bukan bertujuan mencetuskan isu berunsur perkauman, sebaliknya untuk membantu membangunkan ekonomi dalam kalangan usahawan Melayu.



Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau kecewa apabila sesetengah pihak membuat tanggapan negatif terhadap cadangan yang dikemukakannya itu.

Beliau berkata, idea untuk menyediakan ruang jualan produk komputer, gajet dan alat telekomunikasi khusus untuk peniaga Melayu dan Bumiputera adalah atas platform Majlis Amanah Rakyat (MARA) selaku sebuah badan di bawah kementerian yang diterajuinya.

"MARA ditubuhkan secara asasnya untuk membangunkan ekonomi dan pendidikan untuk orang Melayu dan Bumiputera.


"Saya bercakap mengenai ruang kompleks kepunyaan MARA yang hendak diperuntukkan untuk golongan peniaga Melayu dan Bumiputera ini menjual produk sedemikian.

"Bagi saya, mereka yang menuduh saya rasis adalah lebih rasis daripada saya, mereka berfikiran sempit dan suka membuat andaian sendiri," katanya ditemui selepas menghadiri majlis ramah mesra anjuran kementeriannya di sini, petang tadi. - BERITA HARIAN

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget