Walaupun FELDA dihina dan dicaci oleh pihak pembangkang, namun ini tidak mematahkan semangat pengurusan tertinggi pihak FELDA untuk meraikan kakitangan mereka yang bakal menunaikan ibadah Haji pada tahun ini. Program yang baik ini telah diadakan di Ballroom Utama Menara FELDA di Platinum Park, Kuala Lumpur.
Malah, dalam program tersebut, turut hadir adalah orang No 1 FELDA iaitu Tan Sri Datuk Sri Utama Hj Mohd Isa Bin Dato Hj Abdul Samad dan Pengarah Besar FELDA, Ybhg Datuk Hanapi Suhada. Bagi kami di #KLChronicle, ini menunjukkan sikap prihatin dan kasih sayang Tan Sri terhadap kakitangan FELDA.
YBHG Ustaz Dato Hj Nizam Kamaruzzaman seorang penceramah bebas |
Dalam program tersebut juga, sebagai orang No 1 FELDA, Tan Sri Isa telah memberikan sedikit pesanan penting dan juga menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah Haji dari FELDA sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci. Lebih menarik lagi, Majlis berkenaan telah diserikan dengan ceramah agama oleh YBHG Ustaz Dato Hj Nizam Kamaruzzaman yang merupakan seorang penceramah bebas yang terkenal di negara ini.
Bagi kami di #KLChronicle, usaha murni yang dilakukan oleh FELDA ini sesuai kerana sudah pasti kakitangan FELDA akan menghargai "this small gesture" dan akhirnya kakitangan ini akan lebih bersemangat untuk bekerja selepas mereka pulang dari menunaikan ibadah Haji dan memastikan FELDA terus berkembang menjadi antara syarikat terbaik di dunia. Insyallah.
No comments:
Post a Comment