KL CHRONICLE: EDRA Energy Milik #1MDB kini menarik minat pelabur antarabangsa

Friday, August 21, 2015

EDRA Energy Milik #1MDB kini menarik minat pelabur antarabangsa


Kami merujuk kepada kenyataan media kami pada 15 Julai 2015 berkaitan penjanaan dana untuk pelaburan kami dalam Edra Global Energy Berhad (“Edra”), dan seterusnya pada 10 Ogos 2015 berkenaan pelan rasionalisasi kami.



1MDB sehingga kini telah menyenarai pendek sekumpulan pihak berpotensi yang terpilih, yang merangkumi kedua-kedua pelabur strategik tempatan dan antarabangsa, untuk memulakan usaha wajar terperinci ke atas Edra yang merupakan pemegang aset-aset tenaga kami.  

Proses usaha wajar ini akan melibatkan, antaranya, perbincangan dengan pihak pengurusan, akses kepada data dan lawatan tapak, yang dirangka bagi memudahkan mereka membuat ulasan dan kajian.

1MDB yakin bahawa satu perjanjian muktamad dapat dimeterai dengan pihak yang terpilih pada suku keempat 2015, dengan penyelesaian dijangka dapat dicapai tidak lama selepas syarat-syarat terdahulu (conditions precedent) dipenuhi. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Lembaga Pengarah 1MDB akan berpandukan, antaranya, memaksimumkan nilai kepada pemegang saham 1MDB, kepastian urusniaga, dan syarat-syarat yang adil dan munasabah.

Kami akan terus membuat pengumuman dari semasa ke semasa apabila terdapat sebarang perkembangan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget