Saturday, August 22, 2015

#DemiRakyat SPAD Sampaikan RM 10.3 Juta kepada 172 Pengendali Bas



Tahniah diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang diketuai oleh Tan Sri Syed Hamid Albar kerana telah menyampaikan dana RM 10.3 juta kepada 172 pengendali bas ekspress berhenti-henti dari seluruh Malaysia. Objektif penyampaian dana ini adalah bagi memastikan pengendali bas henti-henti ini dapat meneruskan operasi serta meningkatkan mutu perkhidmatan mereka demi keselesaan pengguna. 




Pemberian dana ini adalah dari program Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF). Dana ISBSF ini dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 2012 bagi membantu pengendali bas yang beroperasi di laluan yang tidak menguntungkan. Ini susulan daripada feedback yang kerajaan terima dari pengendali perkhidmatan bas berhenti-henti tersebut. 

Bagi kami di #KLChronicle, langkah kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak dan SPAD menjayakan program sebegini adalah sangat penting dan bermanfaat untuk rakyat. 

Umum ketahui bahawa perkhidmatan bas henti-henti selalunya beroperasi di kawasan luar bandar dimana "volume" penumpang adalah kurang namun perkhidmatan yang disediakan adalah untuk memudahkan orang luar bandar "communte" ke bandar. Oleh itu perkhidmatan ini adalah penting tetapi tidak menguntungkan. 

Menyedari hakikat ini, kerajaan sanggup memberi subsidi kepada pengendali supaya mereka meneruskan operasi bagi kesenangan rakyat melalui program ISBSF. Ini menunjukkan kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri sangat prihatin dengan kehendak rakyat. 

Kami berharap lebih banyak program serta bantuan sebegini dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment