KL CHRONICLE: Adakah Kerajaan Kepimpinan Melayu Bodoh & Korup?

Saturday, August 8, 2015

Adakah Kerajaan Kepimpinan Melayu Bodoh & Korup?

LIM KIT SIANG sungguh istiqomah dan determined untuk menawan Malaysia. Buku Time Bombs in Malaysia harus dibaca secara tersirat. Sejak 70an lagi semua kerajaan buat tak betul – korup dan tak cekap. Erti kata kerajaan pimpinan Melayu ini bodoh! Sampai hari ini DAP masih menanam kepercayaan itu sampaikan anak anak Melayu pun dah tak sanjung pemimpin pemimpin Melayu!




SAYA selalu ingatkan orang kita jaga-jaga dengan DAP. Mereka penuh dengan muslihat. Mereka licik.

Gerak-geri mereka kini bukan macam dulu semasa tiada kuasa. Mereka kini cukup strategik.

Penasihat  mereka hebat-hebat. Bukan dari dalam negara saja, dari luar pun ada. Mereka cukup determined untuk perintah Malaysia. Negara lain yang baik dengan parti itu pun mahu melihat regime change ini berlaku.

Semasa orang-orang kita sengketa sesama sendiri, DAP bergerak ke sana ke mari.

Sehinggakan ke Mesir pun mereka pergi membawa ideologi “sama-rata” dan mempersoalkan mengapa terlalu ramai pelajar Melayu  belajar perubatan di sana. Mengapakah tiada bangsa lain? Mengapa DAP tiba-tiba beria-ia mahu ke Mesir? Jika tak percaya apa yang dipersoalkan oleh DAP itu cuba tanya dengan kedutaan kita di Kaherah?

Dengan konfiden mereka ke Kelantan pula memberi bantuan perumahan kepada mangsa banjir dan menerima masuk Sasterawan Negara yang keliru, Pak Samad Said, ke dalam DAP. Ini berlaku semasa kononnya pakatan sudah mati!

Siapa kata pakatan pembangkang sedang berpecah. Yang berpecah ialah orang Melayu. Itulah pun yang DAP mahu lihat.

Pasma, pecahan Pas dibentuk bagi memecahbelahkan orang Melayu. Tajaan dari siapa agaknya Pasma?

Hakikatnya dalam politik Malaysia ini hanya ada dua parti Melayu sahaja, iaitu UMNO dan Pas.

Jika tidak boleh pecahkan UMNO, pecahkan Pas.

Yang pasti DAP cukup marah kerana geng-geng mereka kalah habis dalam Pas. Mat Sabu gagal menjalankan misinya.

Yang bersungguh-sungguh sangat mengisytiharkan pakatan pembangkang sudah pecah adalah Kit Siang, anaknya Guan Eng, sekongkolan mereka Mat Sabu dan kenyataan terbaharu Wan Azizah.

Terus terang saya katakan, saya cuak dengan mereka semua.

Mereka sedang membuat satu strategi perang yang cukup mengelirukan.

Tentera semut sedang bekerja

Seperti projek Tanjung bagi menawan Pulau Pinang dulu, setiap kali semasa pilihan raya Kit Siang dengan muka selamba akan terus menerus berkata kepada para pengundi “kami susah mahu menumbangkan  BN.” Akhirnya taktik songsangnya berjaya.

DAP penuh dengan muslihat. Anwar Ibrahim yang sedang merengkuk dalam penjara pun bukan asyik tidur sahaja. Dia juga sedang merancang strategi. Dia sedang bekerja!

Operasi perang saraf reverse-psychology mereka cukup  halus. Mereka cukup terancang. Sasaran mereka adalah PRU-14. Malaysia mesti ditawan.

Semasa UMNO, BN, kerajaan dan pucuk pimpinan sedang bersilat dan ditolak ke dinding dengan isu 1MDB, mereka sedang mengatur langkah. Isu ke mana perginya wang berbilion-bilion dalam Selangor Inc. dilupakan sama sekali.

Rafizi, Tony Pua diberi peranan mengharuhurakan keadaan melalui isu 1MDB. Dalam masa yang sama, tentera semut mereka pun sedang membuat kerja operatif — secara senyap.

Oleh itu, orang UMNO yang percaya sangat pakatan pembangkang sudah mati jangan seronok sangat ya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget