1. Justo sudah mengaku menjual dokumen dan terlibat di dalam sebuah plot yang bertujuan merosakkan nama Malaysia. Difahamkan bahawa plot tersebut dinamakan "Misi Untuk Menjadikan Najib Razak penjenayah."
2. Persoalannya sekarang, jika plot tersebut wujud, siapa lagi yang terlibat sebagai perencana dan penggerak plot? Bagaimanakah plot ini direka dan dirancang? Apakah dokumen yang dibeli dan dokumen mana yang telah diubah sebegitu rupa, agar plot ini dapat diberikan penceritaan yang berkesan dan menyakinkan.
3. Plot bermula dengan tuduhan "sebanyak RM42 bilion hilang". Tuduhan ini kemudiannya berubah kepada "RM27 bilion yang hilang", seterusnya hanya "USD1 bilion yang hilang" dan akhirnya cuma "USD700 juta sahaja yang lesap".
4. Plot menjadi semakin berbelit dengan tuduhan bahawa pelaburan USD1.83 bilion ke dalam Petrosaudi adalah satu penipuan, dan sebanyak USD700 juta lesap diambil seorang yang bernama Jho Low. Kemudian tuduhan ini beralih kepada Datuk Seri Najib Razak, kononnya USD700 juta wang 1MDB ini dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau, kemudiannya ia jadi lebih berbelit apabila kononnya RM2 juta dari jumlah USD700 juta ini dimasukkan pula ke dalam akaun peribadi Datin Seri Rosmah Mansor.
5. Petrosaudi telah mengambil langkah yang betul apabila melaporkan penipuan oleh Sarawak Report (SR) ini kepada Jabatan Penipuan dan Jenayah Siber, Polis London. Melalui siasatan yang dibuat, sumber kepada plot ini, iaitu Xavier Andre Justo telah ditahan. Pengakuan Justo kini menjadi asas kepada siasatan susulan ke atas perancang plot atau konspirator yang lain.
6. Justo telah menyatakan bahawa beliau telah menjual data dan dokumen yang asli tanpa diubah. Jadi, jika Petrosaudi mendakwa laporan SR adalah pembohongan, maka terdapat di kalangan perancang plot ini yang telah mengubah dokumen tersebut untuk menjadikannya sebuah cerita yang menarik. Siapa yang mengubah data dan dokumen ini?
7. Dimaklumkan Justo ada bertemu 10 orang perancang plot di Singapura bagi mendapatkan bayaran terhadap pembelian-pembelian dokumen ini. Antara yang dikatakan terlibat adalah
Clare Rewcastle Brown, Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat, Tony Pua, Sufi Yusof, Kamal Sadiqque dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
8. Jika Justo tidak mengubah dan memalsukan dokumen, maka berkemungkinan besar 10 orang ini merupakan suspek utama yang mungkin memalsukan dokumen yang diberikan oleh Justo dan yang merangka plot "Misi Menjenayahkan Najib."
9. Jika jumlah yang diminta oleh Justo daripada Petrosaudi sebagai balasan untuk tidak mendedahkan dokumen ini adalah sebanyak USD2.5 juta, berapa banyak agaknya yang dibayar oleh Tony Pua, The Edge; dan/atau 'former key politician' kepada Justo?
10. Polis Thai mendedahkan bahawa kaedah pembayaran yang dibuat kepada Justo adalah sama dengan kaedah 'money laundry'. Dari manakah wang berjuta dollar untuk pembelian dokumen ini diperolehi? Bolehkah 10 orang yang bertemu Justo ini didakwa di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang atau AMLA?
11. Sedarkah portal berita, blogger dan truper Pro Tun M bahawa mereka terlibat di dalam sebuah plot mengkhianati negara dan mensabotaj ekonomi negara?
12. Justeru, pihak polis wajar segera memulakan siasatan ke atas Malaysiakini, Malaysian Insider, The Edge, Bloghouse, Kelab Che Det dan Saya Sayang Tun Dr Mahathir dan melihat sejauh mana mereka terlibat dalam plot yang jahat ini.
13. Siasatan ini boleh membantu pihak polis mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang bagaimana dokumen ini dibeli, dipalsukan dan diedar di dlm rangkaian yang terlibat. Siasatan polis ini juga dapat menentukan samada mereka boleh didakwa di atas kesalahan menyebar berita palsu dan berkomplot mensabotaj ekonomi negara.
tun faisal dot com: #1MDB: Polis perlu siasat blogger dan truper pro Tun M. @PDRMsia - http://tunfaisal.blogspot.com/2015/07/1mdb-polis-perlu-siasat-blogger-dan.html?showComment=1437355063916&m=1#c5241811790502959944
Silap banyak artikal bro ni, Najib tak nafi pun yang 2.3 billion tu masuk akaun peribadi dia dia cuma kata dia tak gunakan duit tu untuk tujuan peribadi. Tiada siapa pun tuduh Najib guna duit tu untuk tujuan peribadi tapi cuma tanya betul ke duit tu masuk ke akaun Najib ? Susah sangat ke Najib nak jawab soalan tu bro ? atau boleh ke bro tolong jawab bagi pihak Najib dan cuma jawab YA atau TIDAK itu saja
ReplyDeleteSaya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya Kamarudin seorang TKI DI Malaysia pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet, mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran toto magnum angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor 085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI
ReplyDelete