KL CHRONICLE: Star Cruise Tutup Pejabat di Pulau Pinang, tamparan hebat buat Joseph @cmlimguaneng @LiowTiongLai @AKaprawi

Wednesday, July 22, 2015

Star Cruise Tutup Pejabat di Pulau Pinang, tamparan hebat buat Joseph @cmlimguaneng @LiowTiongLai @AKaprawi


Kami di #KLChronicle merasa sedih melihat gelagat anak kesayangan Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Joseph Lim Guan Eng yang semakin meroyan sehingga menyalahkan Kementerian Pengangkutan apabila syarikat perkapalan terulung Asia Pacific, Star Cruises menutup operasi pejabat mereka di Pulau Pinang. Malah, lebih menggelikan adalah Joseph Lim Guan Eng mengatakan kononnya terdapat unsur "sabotaj" dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan yang diketuai oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Aziz Kaprawi. 



Sudah pasti, sebagai satu syarikat perkapalan yang terbaik di Asia Pacific, Star Cruises dari semasa ke semasa akan menilai semula prestasi syarikat mereka dan cuba untuk meningkatkan keuntungan serta mengurangkan perbelanjaan mereka sejajar dengan keadaan ekonomi semasa. Malah, sebagai syarikat yang besar, sokongan dari kerajaan negeri juga diambil kira oleh Star Cruise untuk mereka kekal beroperasi di Pulau Pinang. Mungkinkah mereka tidak mendapat sokongan dari kerajaan negeri lantas menutup pejabat mereka? 

Jika kerajaan negeri yang telah gagal dalam menjaga keyakinan pelabur, mengapa pula Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi oleh Barisan Nasional harus dipersalahkan? Kenyataan Joseph Lim Guan Eng yang mahu Kementerian Pengangkutan "entice" atau memujuk Star Cruise untuk kekal beroperasi dari Pulau Pinang tidak masuk akal sama sekali. Mengapa Kementerian Pengangkutan perlu masuk campur apabila yang gagal adalah kerajaan negeri?

Sepatutnya, Joseph Lim Guan Eng perlu bersikap proaktif dan jangan malas. Pergi berjumpa syarikat Star Cruise dan tanya mereka mengapa mereka tutup pejabat operasi mereka di Pulau Pinang. Mungkin dari situ Joseph Lim Guan Eng akan tahu punca sebenar dan cuba untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh syarikat tersebut. Tidak perlu untuk menyalahkan Kementerian Pengangkutan pula. 

Bagi kami di #KLChronicle,  Joseph Lim Guan Eng ini seorang yang hanya tahu "claim credit" dan suka dipuji namun beliau tidak mampu menerima kritikan. Malah, bila ada masalah atau kegagalan dalam pentadbiran beliau, beliau cepat menyalahkan orang lain dan "never takes the blame for himself". Ini menunjukkan beliau bukanlah seorang pemimpin yang baik. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget