KL CHRONICLE: Selepas ditemuramah BBC, Kini Tun Mahathir kata tidak guna media asing untuk jatuhkan PM

Wednesday, July 8, 2015

Selepas ditemuramah BBC, Kini Tun Mahathir kata tidak guna media asing untuk jatuhkan PM

Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kritikannya terhadap perdana menteri dan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana kononnya bimbang dengan strategi perniagaan yang lemah dan bukannya satu plot bekerjasama dengan media asing menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu dalam wawancaranya bersama portal berita antarabangsa Britain BBC berkata, kritikannya terhadap Najib tidak ada kaitan dengan 'tuntutan peribadinya' mengenai dasar lama yang perlu disambung.



"Saya tahu semuanya tentang duit yang dipinjam tetapi penipuan lain yang timbul. Saya baca daripada laporan media asing dan mendapat pengesahan selepas bertanya kepada orang tempatan.

"Saya tidak bekerja dengan media asing," kata Dr Mahathir melalui video yang disiarkan dalam laman sesawang media asing BBC.

Katanya, keputusan Najib menubuhkan syarikat dan meminjam wang secara meluas menunjukkan perniagaan tidak dijalankan dengan baik.

"Mereka pinjam pada kadar faedah yang tinggi, mereka cuma bagi komisyen 10%. Kemudian mereka beli loji tenaga pada harga lebih tinggi daripada pasaran.

"Ini semua menunjukkan urusan perniagaan yang tidak baik," katanya.

Najib kemudian membidas dakwaan itu, apabila mengatakan Dr Mahathir sengaja mereka krisis 1MDB dan kepimpinannya hanya kerana beliau enggan memenuhi beberapa tuntutan peribadinya.

Ditanya BBC, Dr Mahathir berkata tuntutan itu termasuk projek jambatan bengkok di perairan Johor dan keretapi berkelajuan tinggi yang menghubungkan ke Singapura.

Dr Mahathir menyalahkan Najib kerana tunduk kepada Singapura dalam hal-hal ini. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget