KL CHRONICLE: Rumah Terbuka MCA di Plaza #LowYat , ini Pendapat #KLChronicle

Sunday, July 19, 2015

Rumah Terbuka MCA di Plaza #LowYat , ini Pendapat #KLChronicle

Cadangan Presiden MCA wajar dipuji dan dicontohi
Baru-baru ini Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengeluarkan kenyataan bahawa MCA dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merancang mengadakan sambutan rumah terbuka di Plaza Low Yat bagi mengembalikan keharmonian di Plaza Low Yat ekoran kes antara kaum yang berlaku beberapa minggu lepas. Secara jujurnya, apa yang dicadangkan oleh Presiden MCA ini ada wajarnya. Ini kerana:



1. Pertama sekali, antara kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama adalah sikap toleransi antara kaum. Sikap toleransi ini telah dipupuk sejak sebelum merdeka lagi. Sikap toleransi ini juga menjadi antara sebab utama Malaysia dapat membangun dengan pesat sekali sehingga pernah dinobatkan "The Asian Tiger" kerana prestasi ekonomi yang kukuh. 

2. Apabila berlaku masalah antara kaum, yang rugi bukanlah "orang Cina" atau pun "orang Melayu" tetapi yang rugi secara keseluruhannya adalah rakyat Malaysia. Ini kerana apabila orang luar lihat negara kita, mereka akan lihat sebuah negara yang tidak mengamalkan toleransi antara kaum, tidak stabil dan tidak selamat untuk melakukan pelaburan. Bila tidak ada pelaburan dari luar, tidak ada peluang pekerjaan dan akhirnya orang Malaysia yang rugi tidak kira kaum atau agama.

3.  MCA anjurkan Sambutan Raya di Plaza Low Yat dengan harapan kita semua (Melayu, Cina & India) merapatkan silaturahim dan pastikan kes antara kaum yang berlaku beberapa minggu lepas tidak berulang. Bagi kami, ini satu usaha yang murni dan wajar dicontohi. Berkaitan isu siapa yang salah, sama ada orang Melayu atau Cina itu biar Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang siasat.

Akhir sekali, kami berharap usaha MCA dan Datuk Seri Liow Tiong Lai ini berjaya dan mendapat sambutan orang ramai. Kami percaya usaha merapatkan silaturahim antara kaum wajar dilakukan oleh semua pihak di negara ini. Parti politik dan NGOs wajar memainkan peranan bagi memastikan insiden-insiden pergaduhan antara kaum tidak berulang lagi kerana akhirnya yang akan rugi adalah negara kita yang tercinta ini. 

Nota : Kami baru mendapat maklumat bahawa program murni sebegini telah dibatalkan atas sebab-sebab tidak diketahui.


1 comment:

usin said...

rapatkan silaturrahim antara kaum? boleh bro sebab itu yang penting, tetapi tempat lain la, bukan lowyat. lowyat tu tempat penipuan, tempat bully pengguna dan pusat gajet klon. apa salahnya jika lowyat rugi untuk memberi iktibar bahawa kuasa beli melayu penting untuk survival orang cina? jika lowyat tutup kerana rugi, adakah negara akan bankrup? jika jawapannya tidak, biarkan sahaja.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget