KL CHRONICLE: @RazlanRafii : Bertaut lah Malaysia

Sunday, July 19, 2015

@RazlanRafii : Bertaut lah Malaysia


Apabila WSJ mengeluarkan berita yang mendakwa kononya kemana wang 1MDB disalurkan termasuk ke akaun Perdana Menteri, Malaysia macam nak kiamat, seluruh rakyat berbicara mengenainya.




Kelibat pemimpin pembangkang terpancar keriangan apabila membicarakan soal ini, Wan Azizah mahu mengadakan sidang Parlimen tergempar, Pembangkang duduk di Luar Parlimen tanda protes, dan macam-macam lagi drama Pembangkang di lakonkan oleh mereka.

Tidak kurang juga pemain media siber kedua-dua pihak, baik pembangkang mahupun penyokong kerajaan, mejoriti memihak kepada WSJ.

Terima kasih juga kepada pemain media yang sedikit rajin apabila membuat semakan mendapati portal barat ini banyak kali disaman oleh Negara asing langsung telah membuka mata rakyat untuk memkaji semula adakah benar atau tidak berita dari WSJ.

Dengan penemuan terbaru oleh pihak berkuasa Thailand bahawa Xavier Justo ada berjumpa dengan Pemimpin DAP dan menerima bayaran daripada mereka, ini akan membongkar dan seterusnya akan menjernihkan banyak isu tentang konspirasi yang berniat untuk menjatuan institusi Perdana Menteri.

Awalnya, saya mengatakan WSJ merupakan agenda Yahudi, ramai yang mengkritik malah ramai juga yang memaki hamun terhadap kenyataan saya,   Beginilah hebatnya Yahudi membuat manusia percaya pada media mereka, walhal pada satu ketika, sebut sahaja Yahudi, mereka akan memaki berpihak kepada yang menkritik Yahudi, namum sekarang ada pula pemimpin yang sependapat dengan saya walaupun menggunakan perkataan agenda Barat.  

Ingatan saya kepada dua-dua pihak:-

1. Kepada pemimpin pembangkang yang berjumpa Justo dan membuat pembayaran serta merancang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, eloklah mengaku, jadilah rakyat yang sayangkan Negara, jangan terus jadi Pengkhianat kepada kepimpinan Negara.

Sekiranya kamu didapati bersalah kerana konspirasi ini, hukumanya mungkin adalah  "Mati". Mungkin pemimpin Pembangkang ini asalnya dari Singapura, memang beliau tidak merasai semangat Kebangsaan kerana ada agenda menjatuhkan Kerajaan dengan cara selain demokrasi, tapi mengaku lah, dan jangan berdolak dalih lagi.

2. Ini agenda Yahudi/Agenda Barat yang
sekian lama mahu menjatuhkan negara ini, apabila jatuhnya kerajaan BN maka budaya liberal secara terbuka akan dapat direlisasikan, pelik, kenapa penyokong tegar Dalaman parti pun ada yang seolah-olah menyokong konspirasi  ini, saya tidak salahkan mereka apabila melihat permainan propaganda ini amat hebat.

Namun, kembalilah menyokong, hebahkanlah penemuan Justo ini kepada ahli di bawah dan sama-samalah kita menjernihkan keadaan di akar umbi. 

3. Negara kita sedang menghadapi krisis kepercayaan, justeru, saya merayu kepada semua pemain media siber agar bersatu hati untuk cuba menerangkan sebaik mungkin kepada rakyat. 

Malaysia sedang di asak dari pelbagai sudut, dari aspek ekonomi, mata wang, harga minyak, ini semua adalah dugaan kepada Kerajaan dan Rakyat. Kerajaan tidak akan berjaya melepasi waktu kritikal ini tanpa sokongan semua pemain media.

Marilah kita bertaut semula menanam kepercayaan agar negara dapat melepasi waktu kritikal ini.

Semoga Syawal ini akan memberi kekuatan kepada Ukhwah Islamiah kita. 

Selamat Hari Raya.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO WP

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget