KL CHRONICLE: Prospek stabil Fitch cerminkan dasar, pengurusan kewangan kerajaan yang baik - PM @NajibRazak

Wednesday, July 1, 2015

Prospek stabil Fitch cerminkan dasar, pengurusan kewangan kerajaan yang baik - PM @NajibRazak

Datuk Seri Najib Razak menyeru umaat Islam mengamalkan nilai kesederhanaan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Jun, 2015.

Datuk Seri Najib berkata beliau gembira apabila agensi penarafan Fitch Ratings mengekalkan penarafan kredit Malaysia dan meningkatkan prospek negara kepada stabil.

"Mengambil kira ketidaktentuan dalam sektor luaran, penarafan terbaharu itu sesungguhnya menggambarkan dasar ekonomi dan pengurusan kewangan kerajaan," katanya dalam kiriman terbaru di Facebook dan Twitter beliau.



Fitch mengekalkan penarafan mata wang asing jangka panjang negara pada A- serta menyemak naik prospek Malaysia kepada stabil daripada negatif.

Fitch Ratings juga mengesahkan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang tempatan Malaysia pada 'A', bon mata wang tempatan tanpa cagaran senior pada 'A', siling negara pada 'A' dan IDR Mata wang Asing Jangka Pendek pada 'F2'.

Berita positif daripada Fitch itu menunjukkan pengurusan fiskal berhemat dan dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada 5.6 peratus pada suku pertama 2015, meskipun terdapat kebimbangan terhadap ketidaktentuan dalam harga minyak dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Inflasi, sebagaimana yang diukur oleh perubahan tahunan dalam indeks harga pengguna (IHP), berpurata agak rendah pada 0.7 peratus pada suku pertama.

Lebihan dagangan negara berjumlah RM21.3 bilion pada suku berkenaan manakala rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM389.7 bilion sehingga 31 Mac, 2015.

Fitch, dalam analisis penarafan Malaysia, berkata kewangan fiskal negara bertambah baik sejak tahun lepas dengan defisit kerajaan berkurangan daripada 4.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.8 peratus pada tahun lalu.

Sementara itu hutang kerajaan susut berbanding KDNK, turun daripada 54.7 peratus pada akhir 2013 kepada 53.9 peratus pada akhir 2014.

Fitch berkata ia melihat perkembangan dalam GST dan pembaharuan subsidi bahan api sebagai menyokong kewangan fiskal.

Pengurangan defisit selanjutnya diunjurkan tahun ini meskipun harga minyak yang lebih rendah.

Ia berkata kedudukan pasaran modal tempatan Malaysia menyokong keperluan kewangan domestik negara.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/64822?m=1

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget