Wednesday, July 1, 2015

PM @NajibRazak mahu KETUM @anwaribrahim diberi rawatan kerana kononnya kini sakit kronik

KETUM kononnya ada ketumbuhan 4cm di buah pinggang

Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata pihaknya mengambil maklum berkenaan situasi kesihatan KETUM Anwar Ibrahim dan mencadangkan agar pihak yang berkenaan memastikan ketua umum PKR itu menerima rawatan kesihatan.

Perdana menteri memaklumkan perkara itu melalui akaun Twitter miliknya di (@NajibRazak) pada jam 5.50 petang tadi.



"Saya ambil maklum kesihatan DS Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan memastikan beliau menerima rawatan sewajarnya," kata Najib dalam laman sosial tersebut.

Sebagai respons, isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menulis tweet kepada Najib, "Salam, pls do the needful." (Salam, sila lakukan yang sepatutnya.)

Media sebelum ini melaporkan, situasi Anwar kononnya kini semakin teruk dan amat membimbangkan lalu beliau memerlukan pertimbangan istimewa oleh kerajaan Barisan Nasional. 

Anwar ketika ini menjalani hukuman 5 tahun penjara susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari yang mensabitkan beliau bersalah atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. – 30 Jun, 2015.

No comments:

Post a Comment