Friday, July 17, 2015

Perdana Menteri DS @NajibRazak melawat @weekasiongmp di hospital



Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita bahawa Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta. Menyedari rakan sekerja beliau tidak sihat, Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak telah memgambil inisiatif untuk melawat Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong.



Bagi kami di #KLChronicle, ini menunjukkan hubungan akrab antara Perdana Menteri bersama barisan kepimpinan komponen Barisan Nasional. Ini berbeza dengan hubungan antara pemimpin-pemimpin pembangkang yang kini asyik bertelagah antara satu sama lain demi kepentingan politik individu tertentu. 

Secara jujurnya,kami berharap Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong dapat kembali sembuh seperti biasa dan menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau. Tanggungjawab yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong merupakan satu tanggungjawab yang sangat kritikal bagi memastikan sokongan rakan berbanga Cina kembali kepada Barisan Nasional. 

Selama ini, apa yang telah dilakukan oleh Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong terbukti membuahkan hasil apabila peratusan pengundi undi Cina yang menyokong kerajaan meningkat bermula dari Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Rompin. Therefore, we need you Datuk. Please get well soon!

No comments:

Post a Comment