KL CHRONICLE: Pendedahan Eksklusif Dr Mohammad Nawar Ariffin

Friday, July 10, 2015

Pendedahan Eksklusif Dr Mohammad Nawar Ariffin

Assalamualaikum w.t.h saudara2ku.

Seruan Bersyukur dan Beramal Soleh.

Saya berkesempatan mengikuti program menyampaikan juadah sahur kepada golongan gelandangan di tengah ibu kota Kuala Lumpur semalam, bersama-sama DS Ismail Sabri anjuran Briged Kesatria Muda di ketuai Saudara Armand Azha. Kami berjalan kaki menelusuri lorong2 yang menjadi tempat tidur bagi golongan yg tidak berupaya mempunyai tempat tinggal sendiri.



Saya tak dapat membayangkan bagaimana daif dan susahnya kehidupan mereka. Tidur berlapikkan kotak, pakaian dan keperluan disorok didalam beg yang dijadikan bantal. Sesuap nasi untuk esok hari entah di mana pula puncanya. Jika di bandingkan dengan kehidupan kita hari ini, keadaan kita jauh lebih sempurna.

Jadi, di manakah alasannya untuk kita mengeluh atau meratapi kehidupan kita. Kecil gaji kita, tetapi setidak tidaknya kita masih bergaji. Sempit kehidupan kita, tetapi masih kita tidak perlu tidur di kaki lima. Terlalu banyak rupanya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua.

Sedaif daif teratak buluh di Derang, tempat saya dilahirkan dan dibesarkan, daif lagi kisah golongan gelandangan ini. 

Jom kita pakat2 berfikir sejenak. Kita tidak ada pilihan lain, selain dari mengucapkan kata syukur dan menabur bakti sebagai tanda terima kasih kita atas semua nikmat. Beramal soleh dengan membantu orang lain adalah sebaik2 cara menzahirkan erti kesyukuran yang sebenar. 

Semoga Allah tambahkan lagi nikmatNya ke atas kita semua dan dijauhkan segala azab. Aaminn.

Salam Jumaat untuk semua.
Ikhlas daripada:
Dr Mohammad Nawar Ariffin,
22 Ramadhan 1436 bersamaan 10 Julai 2015

4 comments:

Gabenor johor said...

Orang Asli dan Pribumi pun malu nk jd gelendangan seperti mereka..kenapa mereka jd begini?rasanya kerajaan kena hantar mereka ke kawasan perkampungan org asli biar mereka tahu berusaha sendiri.

Abu Bakar said...
This comment has been removed by the author.
Abu Bakar said...
This comment has been removed by the author.
Abu Bakar said...

Kalah dah tau kesusahan begitu, suruh Najib batalkan GST sahajalah, sekarang ni bukan setakat gelandangan, malahan ramai lagi rakyat yang berpendapatan rendah hidup terjejas akibat GST. Malahan kalau gelandangan macam pemintak sedekah, mereka pergi ke kedai pun kena bayar GST tau. Bayangkan pemintak sedekah pun kena bayar cukai juga sekarang ini, tengoklah betapa caca marbanya kerajaan Barisan Najib sekarang ini.

Pulihkan Barisan Nasional, kami mau Barisan Nasional, tapi kami tak dapat terima Barisan Najib.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget