KL CHRONICLE: Parti Komponen Barisan Nasional perlu "Fair & Firm" oleh @ayathelme

Wednesday, July 1, 2015

Parti Komponen Barisan Nasional perlu "Fair & Firm" oleh @ayathelme

Saya mencadangkan kepada BN, ketika DAP sibuk nak tawan hati Melayu dan Islam inilah MCA dan parti-parti komponen yang terasnya adalah masyarakat Tionghua kembali mencari sokongan dalam komuniti tersebut.



Dr Chandra Muzaffar memberitahu saya, untuk menarik sokongan, BN perlukan pemimpin-pemimpin yang mengamalkan dua F iaitu fair dan firm (adil dan tegas).

BN sebenarnya perlukan lebih penerangan untuk melawan DAP dikalangan orang Tionghua, penerangan yang berfakta dan masuk akal.

Untuk itu BN perlu memahami asas mengapa majoriti masyarakat Cina lari daripada MCA, Gerakan, SUPP, DLL kepada DAP.

Mereka rasa dibuli oleh 'abang besar' dalam satu pengkongsian dengan konsesi yang tidak adil.

Ketika DAP dan pakatan pembangkang menawarkan gabungan untuk menggantikan BN, mereka sambut dengan semangat 'liberation' atau pembebasan.

Ini selepas kegagalan jentera BN untuk menyampaikan penerangan yang munasabah dan rasional terhadap isu-isu yang dibangkitkan mereka.

Kebergantungan terlalu banyak kepada penerangan melalui media tradisional menyebabkan 'maksud tidak sampai' sehingga segala penerangan menjadi separuh masak.

BN mampu mengempur DAP dan pakatan pembangkang dan tidak mustahil PRU14, MCA dan parti-parti komponen Cina menarik kembali sokongan.

Atau jika BN gagal, DAP dengan undi masyarakat Cina yang sama dicampur dua peratus undi Bumiputera Islam di negara ini, sudah cukup untuk mengoncang BN lebih kuat dari gempa bumi yang kita lihat di Sabah baru-baru ini.

Selepas dua gegaran pertama pada 8 Mac 2008 dan kedua pada 5 Mei 2013 (PRU12/PRU13)... BN wajib mengambil iktibar dan memperbaharui tekadnya.

Gabungan parti yang memerintah itu perlu (dilihat) melaksanakan lebih banyak keadilan dan mengambil keputusan yang tegas.

Ini penting supaya Malaysia tidak kehilangan kerajaan yang berpengalaman menerajui negara sejak merdeka dan digantikan dengan kerajaan baru yang berkemungkinan besar menyebabkan krisis ketidakstabilan yang akhirnya merugikan rakyat dan negara.

@ayathelme
30/6/2015
(siri dua dari dua)

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget