Thursday, July 2, 2015

@LiowTiongLai : Liow: Hubungan Malaysia-Eropah Diperkukuh Melalui Kerjasama Penerbangan Awam



#KLChronicle : Kami di #KLChronicle mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia kerana telah berjaya mencapai persetujuan kerjasama antara Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Persidangan Penerbangan Awam Eropah (ECAC) di Strasbourg, Perancis baru-baru ini. Kerjasama erat ini menunjukkan bahawa DCA, sebagai sebuah agensi dibawah Kementerian Pengangkutan bersikap proaktif dalam memperbaiki mutu perkhidmatan dan pemantauan ruang negara udara. 




Malah, dengan perjanjian yang dilakukan ini, beberapa perkara asas berkaitan penerbangan awam seperti aspek keselamatan, pembangunan modal insan, peraturan, penyiasatan kemalangan dan isu berkaitan alam sekitar dapat dipertingkatkan dan menjadikan DCA sebagai sebuah agensi yang terbaik dalam hal penerbangan awam sekaligus menepis persepsi bahawa DCA "incompetent" ekoran kehilangan pesawat MH 370 pada tahun lepas. 

Malah, lebih menarik dengan kerjasama ini Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menunjukkan bahawa beliau mempunyai harapan yang tinggi untuk DCA "so that DCA can act as a focal entity" bagi penerbangan awam dari Eropah ke Malaysia dan seterusnya Asia Tenggara. Kerjasama erat ini menunjukkan bahawa Datuk Seri Liow Tiong Lai berpandangan jauh dan seorang yang mempunyai visi dan misi untuk menjadikan Malaysia sebuah hub penerbangan awam yang terbaik di Asia sekaligus menjadi pencabar kepada Singapura. 

Artikel Penuh dari Kementerian Pengangkutan

Strasbourg, France – Dalam usaha memperkukuh hubungan negara bersama rantau Eropah, Malaysia telah menandatangani satu Perjanjian Kerjasama di antara Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Persidangan Penerbangan Awam Eropah (ECAC).

Menerusi Perjanjian Kerjasama ini, adalah diharapkan agar hubungan kerjasama yang lebih baik dapat dipertingkatkan bagi perkara-perkara berkaitan dengan penerbangan awam antarabangsa, terutamanya dari aspek keselamatan, pembangunan modal insan, peraturan, penyiasatan kemalangan dan isu berkaitan alam sekitar.

Kerjasama ini bakal menggalakkan perkongsian maklumat berkaitan tren industri penerbangan dan juga lebih banyak penglibatan bersama dalam acara dan mesyuarat bertaraf antarabangsa serta kolaborasi inisiatif dan aktiviti latihan yang berkaitan dengan pembangunan sektor penerbangan awam.

Di samping itu, kerjasama ini turut dilihat akan menjadi pemangkin kepada peluang pertumbuhan sosio-ekonomi antara Malaysia dan Eropah.

Harapan Malaysia adalah untuk mewujudkan ekosistem mampan yang menyokong aspirasi untuk mewujudkan sektor penerbangan antarabangsa yang selamat dan efisien.

Malaysia telah diberi penghormatan untuk memberi ucaptama pada Sesi Plenari ke-34 ECAC semalam bersempena dengan ulangtahun ECAC ke-60. Dalam ucaptama pada Sesi Plenari tersebut, saya telah merayu sokongan daripada ECAC terhadap cadangan Malaysia berhubung pengesanan global secara ‘real-time’, jangka hayat bateri kotak hitam yang lebih lama serta perkongsian maklumat secara mandatori antara negara-negara anggota ICAO dan industri penerbangan. Malaysia turut menggesa ECAC untuk bekerjasama dengan ICAO berhubung perkara ini.

No comments:

Post a Comment