#KLChronicle : Terima kasih diucapkan kepada Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan merangkap Presiden MCA kerana "take the effort" untuk mengeluarkan kenyataan media sempena Hari Raya Aidilfitri pada pagi ini. Kami di #KLChronicle take note usaha Dato' Sri Liow Tiong Lai berbanding Presiden parti-parti komponen lain yang dilihat senyap sahaja dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sempena perayaan terbesar umat Islam di negara ini.
Secara jujurnya, Barisan Nasional sangat bertuah mempunyai pemimpin seperti Dato' Sri Liow Tiong Lai yang menitik beratkan hubungan dan perpaduan antara kaum. Malaysia sebenarnya memerlukan lebih ramai pemimpin seperti Dato' Sri Liow Tiong Lai kerana kekuatan kita sebagai sebuah negara adalah sikap toleransi antara kaum dan semangat perpaduan yang telah wujud sekian lama semenjak merdeka lagi.
Rakyat Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang racist seperti mereka dari Democratic Action Party (DAP) yang hanya tahu membangkitkan rasa marah orang Melayu Islam dengan mempersoalkan pelbagai perkara sehingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini. Sikap tidak bertanggungjawab pemimpin - pemimpin DAP ini sejak tahun 2008 menyebabkan sikap toleransi antara kaum di negara ini semakin menipis.
Sebelum ini, ketika zaman sebelum DAP kuat, semua kaum di Malaysia hidup aman damai, saling hormat - menghormati dan tidak ada prejudis antara satu sama lain. Namun, apabila DAP berkuasa, mereka dilihat mula menyebarkan fahaman jumud dan sempit dimana mereka kononnya memperjuangkan "hak-hak" penyokong mereka sehingga menyebabkan negara kucar - kacir.
Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kami berharap MCA dapat kembali mendapat sokongan bukan sahaja masyarakat Cina malah masyarakat Malaysia secara amnya. Ini kerana, kita perlukan parti seperti MCA yang berjuang untuk semua bangsa dan agama sesuai dengan dasar setiakawan dalam Barisan Nasional. There is no place for self-centered chauvinist parties in Malaysia. Tugas kita sebagai pengundi untuk pastikan ini tidak berlaku!
Kenyataan Media Dato' Sri Liow Tiong Lai adalah seperti dibawah:
Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga sambutan Aidilfitri bagi umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia dilengkapi dengan penuh keberkatan, kesyukuran serta kegembiraan.
Seperti juga musim-musim perayaan yang lain, musim lebaran ini merupakan kesempatan terbaik untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim dan persefahaman antara kalangan rakyat Malaysia. Sebagai sebuah masyarakat majmuk, rakyat Malaysia amat memahami dan sama-sama menanti-nantikan kehadiran Hari Raya sambil merayakannya bersama lebih-lebih lagi dengan amalan kunjung-mengunjung antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.
Rakyat Malaysia sesungguhnya amat bertuah kerana dapat hidup bersama dalam sebuah negara secara harmoni yang penuh dengan kepelbagaian kaum serta berpeluang menyambut dan meraikan pelbagai jenis perayaan dengan penuh riang-ria dan menghayati budaya yang berwarna-warni. Ini haruslah dihargai dan dipegang teguh oleh kita semua bukan sahaja untuk perayaan kali ini, tetapi lebih penting lagi, untuk generasi akan datang yang bakal menjadi pemacu kemajuan negara.
Akhir kata, diharapkan bahawa sambutan Syawal pada tahun ini akan terus menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Disamping itu, nikmatilah Hari Raya ini dengan berhati-hati semasa di jalan raya demi insan-insan yang tersayang.
Sekali lagi, saya ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” dan “Maaf Zahir Batin” kepada semua.
Di hari baik bulan baik ini, minta dia kawal sikit akbar The Star yang kuat dengan sikap anti-Melayunya. Lepas tu boleh cakap fasal Aidilfitri.
ReplyDelete