Tuesday, July 7, 2015

@khairykj kini gelar @RafiziRamli Bodoh kaitkan Pemuda UMNO dengan MARA



Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang semakin berpengaruh menyifatkan tindakan National Oversight and Whistleblowers (NOW) yang mengaitkan exco Pemuda Umno dalam skandal pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia satu perbuatan bodoh.


Ketua Pemuda Umno itu berkata, Pengarah NOW Rafizi Ramli hari ini membuat tuduhan mudah mengaitkan exco Pemuda Umno dalam kes berkenaan tanpa berlandaskan kepada bukti kukuh.

"Logik Rafizi tak boleh pakai langsung sebab dia hanya tunjuk individu tersebut ada kaitan dengan exco Pemuda, tetapi urusan perniagaan tak ada kena mengena dengan kes di Australia.


"Macam mana nak kaitkan kes di Australia dengan exco Pemuda? Itu kerja bodoh.

"Kalau nak kait mengait saja dengan menggunakan 'you kenal dia, you terlibat dalam kes ini', itu memang saya tak boleh terima. Itu politik bodoh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis berbuka puasa bersama Pemuda Barisan Nasional di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang ini.

Khairy berkata, Rafizi tidak wajar membuat kesimpulan mudah mengaitkan exco Pemuda Umno dengan skandal pembelian hartanah Mara di Australia.

Katanya, jika Rafizi dibiarkan berterusan melabel pihak yang tidak berkenaan ke dalam kes itu maka lebih banyak orang tidak bersalah terheret sama.

"Contohnya mudah saja. Katakanlah saya kenal A dan B. B buat satu kesalahan yang tiada kaitan dengan A langsung tetapi oleh kerana kenal B, dia tiba-tiba salah. Mana boleh kira begitu.

"Kalau macam itu siapa-siapa yang buat salah melanggar undang-undang, yang dia kenal pun sama terpalit dengan kesalahan tersebut. Apa logiknya Rafizi pakai?" soalnya.

Rafizi terdahulu hari ini memberitahu media, 5 anggota Pemuda Umno terbabit dalam 3 pembelian hartanah di Australia yang belum didedahkan, iaitu hartanah 746 Swanston Street, 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street.

Beliau membina kaitan Pemuda Umno ini dalam sebuah syarikat bernama Thrushcross Land Holdings Limited yang didaftar di pusat kewangan pesisir luar pantai British Virgin Island (BVI).

Malah, lebih mengejutkan, syarikat tersebut didakwa didaftarkan hanya selepas pembelian hartanah di 746 Swanston Street itu selesai.

"Pembelian hartanah ini diluluskan oleh Majlis Mara pada 9 Ogos 2012 dan urus niaga disempurnakan pada 28 Ogos 2012.

"Carian syarikat ini menunjukkan ia hanya didaftarkan pada 18 Januari 2013 iaitu selepas Mara membeli hartanah 746 Swanston Street. Ini bermakna urus niaga yang disempurnakan pada 28 Ogos 2012 itu tidak menggunakan syarikat milik Mara," kata Rafizi.

Sementara itu, 2 anggota Pemuda Umno yang berada dalam syarikat tersebut juga tidak kena mengena dengan Mara, tetapi menurut Rafizi, terlibat dalam urus niaga pembelian hartanah di 746 Swanston Street itu.

Mereka juga terlibat dalam syarikat Optimus Capital Sdn Bhd dan Biosis Group Berhad, katanya.

Individu yang berada dalam Biosis itu katanya, memegang jawatan kedua tertinggi dalam pergerakan sayap Umno itu.

Rafizi mendakwa daripada maklumat yang diperolehnya, wujud bukti mereka ini terlibat sebagai pengatur kepada urus niaga kontroversi hartanah di Australia. – 6 Julai, 2015.

3 comments:

  1. Cakap banyak pun x guna. Lebih baik saman je si Rafizi tu rm10 juta. Adalah juga hasil.

    ReplyDelete
  2. Terkini

    Big boss punya account kena beku

    Kesian blogger prepaid, terkial kial nak bela boss

    tapi boss penipu, jadi gaji haramlah

    ish ish ish

    ReplyDelete
  3. Fikir , sebelum ckap blh tk lu fikir dlu apa yg lu ckp , ada ke mn2 berta yg kt akaun najib d bekukn , yg aku thu cuma 6 akaun d bekukn tk kt pn akaun siapa yg d bekukn , kau dgn rafizi sama je bodihnya , tu kn d bwah akta bafia , mknanya pemunya akaun tk blh d berthu siapa tuannya , simpn skt bdh tu

    ReplyDelete