Wednesday, July 8, 2015

Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad


Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad
Dikeluarkan pada 8 Julai 2015
Untuk siaran segera

1MDB berikan kerjasama penuh kepada Pasukan Khas

Kami mengesahkan bahawa beberapa orang pegawai daripada Pasukan Khas yang sedang menjalankan siasatan terhadap 1MDB, telah hadir ke pejabat kami hari ini. Mereka dibekalkan dengan beberapa dokumen dan barangan untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.  



1MDB memberikan sepenuh kerjasama kepada Pasukan Khas ini dan semua pihak berkuasa yang berkenaan.  Kami menekankan kedudukan kami sebelum ini bahawa jika terdapat sebarang salah laku, tindakan harus diambil oleh pihak berkuasa yang berkenaan, mengikut proses yang wajar dan mengikut undang-undang negara.

No comments:

Post a Comment