Saturday, July 25, 2015

Kenyataan Media Menteri Dalam Negeri, ada EXCO Pemuda UMNO nak bantah?



KENYATAAN MEDIA 
DATO SRI ZAHID HAMIDI
MENTERI DALAM NEGERI

1. Saya ingin merujuk kpd campurtangan individu warga asing terhadap urusan dalaman di negara ini. Jika terdapat unsur2 jenayah dilakukan oleh Claire Brown, bilateral dlm bentuk pertukaran maklumat risikan sudah sedia terjalin antara Malaysia dan Britain.



2.  Tergantung atas siasatan muktamad  PDRM kelak, KDN akan berurusan secara rasmi melalui Wisma Putra dgn kerajaan British jika terdapat 'prima facie' bagi tindakan perundangn dilakukan terhadap Claire Brown.

3. Kerjasama antara PDRM dan Scotland Yard sudah sedia terjalin. Ini akan memudahkan tindakan susulan dibuat bagi melakukan ekstradisi jika diperlukan.

4. Sebagaimana prinsip 'sovereignity' yg dihormati antara negara, sudah pasti pihak British tidak merestui mana2 individu warganegaranya mencampuri urusan dalaman negara lain. 

5. Biarpun kebebasan pendapat diraikan oleh Malaysia, namun sebarang maklumat yg dipinda dan diada2kan tidak boleh diterima. Apatah lagi jika paparan berita atas talian oleh Claire Brown mempunyai niat jahat.

No comments:

Post a Comment