KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD Tugaskan 300 Penguat Kuasa Pada Aidilfitri

Monday, July 13, 2015

#DemiRakyat SPAD Tugaskan 300 Penguat Kuasa Pada Aidilfitri

Menyedari bahawa terdapat banyak kes penipuan yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab ketika musim perayaan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan sebanyak 300 pegawai penguatkuasa di kawasan-kawasan "hotspot" bagi memastikan suasana "balik kampung" warga kota berada dalam keadaan yang terurus dan selamat. 



Menurut Ketua Jabatan Penguat Kuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata operasi selama dua minggu itu akan memberi lebih fokus kepada terminal bas utama di seluruh negara.

"Kita akan menjalankan pemeriksaan terhadap pengusaha bas ekspres dan memastikan sama ada tiket bas untuk penumpang pulang ke kampung dijual dengan betul serta lesen dan permit mereka masih sah untuk beroperasi," katanya.
Malah, menyedari bahawa bukan sahaja kes penipuan berlaku pada pengguna bas express malah pemandu teksi, Datuk Che Hasni Che Ahmad menegaskan SPAD juga dalam masa yang sama akan turut memberi tumpuan kepada pemandu teksi yang mengambil kesempatan tidak menggunakan meter dan mengenakan caj berlebihan.

"Kita juga akan pantau di sekitar kawasan terminal jika terdapat sebarang aktiviti ulat tiket yang cuba meraih penumpang dan menjual tiket haram," katanya.
Bagi kami di #KLChronice, SPAD telah membuktikan bahawa Jabatan Penguat Kuasa mereka dibawah kepimpinan  Datuk Che Hasni Che Ahmad tidak "tidur" seperti Jabatan Penguatkuasaan agensi-agensi kerajaan yang lain. Umum ketahui bahawa rakyat selalu mengeluh dengan kelemahan Jabatan Penguatkuasaan agensi kerajaan yang dilihat tidak cukup tegas untuk mengambil tindakan terhadap pengusaha atau peniaga yang tidak mengikut undang-undang. 

Namun SPAD terbukti berbeza apabila  mereka bersikap tegas mengambil tindakan tanpa mengira pangkat. Sikap tegas sebeginilah yang kita mahu lihat dalam semua Jabatan Penguatkuasaan di negara ini. Akhirnya yang untung adalah rakyat juga. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget