KL CHRONICLE: Tunku Majid, Adik Sultan Johor Bidas Tun Mahathir, Beri Persepsi Tun Menipu

Sunday, June 14, 2015

Tunku Majid, Adik Sultan Johor Bidas Tun Mahathir, Beri Persepsi Tun Menipu



Selepas 27 tahun krisis Perlembagaan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini menuduh Yang Dipertuan Agong pada ketika itu, Sultan Mahmud Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang memberi arahan supaya Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas dipecat.

Dr Mahathir berkata, sultan Johor mengarahkannya supaya menubuhkan satu tribunal untuk memecat Salleh.




Namun, katanya timbul masalah apabila peguam negara ketika itu enggan mengheret nama Yang Dipertuan Agong dalam kertas siasatan tribunal, sebaliknya meletakkan namanya dan menyebabkannya dituduh mencalarkan kebebasan institusi kehakiman sehingga kini.

"Peguam negara tidak mahu sebut nama Sultan. Tribunal akhirnya putuskan beliau dipecat.

"Sampai mati saya dilabel sebegini (campur tangan kuasa kehakiman)," katanya dalam program bual bicara "Dangerous Idea" di Publika, Kuala Lumpur, hari ini.

Mengimbas kembali krisis kehakiman semasa tahun 1988, Dr Mahathir berkata isu bermula apabila Salleh menulis surat kepada Sultan Mahmud mengadu tentang 'bunyi bising' yang didengarnya daripada salah satu rumah baginda.

Katanya, tindakan Salleh itu silap apabila salinan surat sama diberikannya kepada sultan yang lain sehingga menyebabkan Sultan Mahmud murka dan mengarahkan Dr Mahathir memecat Salleh.

Katanya, krisis itu menyebabkannya dilabelkan sebagai menyekat dan mengawal kuasa kehakiman dan tersebar ke seluruh dunia.

"Semua orang fikir begitu tapi itu semua tidak betul. Saya tak pernah jemput hakim datang ke rumah saya seperi menteri lain walaupun semasa hari raya," katanya membuktikan dirinya tidak pernah campur tangan dalam sistem kehakiman negara.

Krisis tribunal pemecatan Salleh membawa kepada penggantungan Mahkamah Agung sehingga menyebabkan kuasa kehakiman persekutuan dilucutkan dalam perlembagaan persekutuan. – 13 Jun, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget