Tuesday, June 23, 2015

Tahniah! Kumpulan FELDA Bayar RM 23 Juta Zakat Perniagaan Bagi Tahun 2014

Jumlah keseluruhan hampir RM 23 juta zakat perniagaan yang dibayar oleh FELDA
Walaupun dihina dan difitnah oleh pihak pembangkang terutamanya Parti Cina Chauvinist DAP, konglomerat Melayu terbesar Malaysia, Kumpulan FELDA telah berjaya membayar zakat perniagaan bagi tahun 2014 sebanyak RM 23 Juta. Pembayaran oleh Kumpulan FELDA ini merupakan antara yang terbesar diterima oleh Lembaga Zakat pada bagi tahun ini (Pembayaran 2014 dilakukan pada Tahun 2015 setelah tahun kewangan tamat)




Bagi kami di #KLChronicle, kejayaan Kumpulan FELDA sebagai sebuah syarikat konglomerat Melayu terbesar memang menjadi perhatian ramai pihak, terutamanya mereka yang tidak senang dengan kejayaan syarikat serta orang-orang Melayu di negara ini. Umum ketahui akhbar dan portal pembangkang seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider dan sebagainya cuba berusaha dengan keras untuk menjatuhkan kredibiliti FELDA di mata orang Melayu.


Malangnya, ada juga orang Melayu yang termakan dengan fitnah yang dicanang oleh puak pembangkang ini. Mungkin ramai yang tidak sedar, portal pembangkang ini dikuasai 100% oleh orang bukan Islam dan matlamat utama mereka adalah memastikan bahawa orang Melayu terus mundur supaya mereka ini boleh terus merasai nikmat kekayaan yang dikecapi negara. 

Cuba kita sebagai orang Melayu Islam berfikir sejenak, jika betul apa yang dicanang oleh pihak pembangkang bahawa Kumpulan FELDA ini satu syarikat yang mencatatkan kerugian yang besar, bagaimana pula FELDA boleh membayar zakat sebanyak RM 23 juta? Sudah pasti zakat ini adalah hasil daripada pendapatan FELDA yang lebih dari RM 23 juta tersebut. Akhir sekali wang zakat ini akan digunakan oleh Lembaga Zakat untuk kesejahteraan umat Islam juga. 

Kami di #KLChronicle berharap umat Melayu Islam tidak mudah mempercayai apa yang dikatakan oleh portal pembangkang. Kita sebagai orang Melayu Islam wajar siasat dahulu berita yang disebarkan, dengan melakukan sedikit kajian samada betul atau tidak berita yang dibawa oleh pembangkang ini kerana percayalah tidak ada apa yang akan menggembirakan pembangkang dari melihat Melayu Islam itu berpecah di negara ini. 

Salam Ramadan. 

No comments:

Post a Comment