Sunday, June 21, 2015

SPAD telah ambil tindakan terhadap 1,534 teksi yang tidak ikut undang-undang

Alice Lau baru-baru ini melakukan aduan terhadap seorang pemandu MyTesksi

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Lanang dari DAP, Alice Lau telah membidas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana kononnya lambat dalam mengambil tindakan terhadap pemandu MyTeksi yang menaikkan tambang teksi. Ini berlaku sendiri kepada Alica Lau ketika beliau mengambil teksi dari Parlimen ke Bukit Bintang. Bagi kami di #KLChronicle, Ahli Parlimen Lanang dari Sarawak ini nampaknya sangat naif dengan apa yang telah dilakukan oleh SPAD sepanjang tahun ini dan bagaimana proses pengaduan dilakukan. 



Pertama sekali, SPAD bukanlah satu agensi yang hanya goyang kaki dan makan gaji buta. Dari Januari hingga Mei tahun ini, SPAD telah membuat pemeriksaan terhadap 2, 894 buah teksi dan daripada jumlah itu, 1,534 telah diambil tindakan kerana melanggar pelbagai jenis undang-undang yang telah diwartakan. Ini secara purat SPAD semak hampir 500 teksi sebulan, bersamaan dengan hampir 20 teksi sehari.

Kedua, baru-baru ini, bagi memastikan keselamatan jalan raya terjamin, SPAD telah melaksanakan operasi Ops HIPPO. Maklumat operasi boleh dibaca disini [ http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/06/laporan-penuh-kejayaan-spad-dalam-ops.html]

Ketiga, pemandu teksi yang telah menaikkan tambang secara sengaja dalam kes Alice Lau ini telah digantung tugas oleh MyTeksi. Tindakan ini dilakukan tidak sampai 10 hari selepas aduan dilakukan. Sudah pasti syarikat teksi perlu melakukan siasatan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan. Bagaimana jika aduan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen DAP ini hanya untuk meraih "political mileage" seperti yang selalu mereka lakukan sebelum ini? 

Keempat, aduan Alice Lau juga kini telah dihantar kepada unit "Enforcement Division" untuk siasatan lanjut. Selepas siasatan siap, Alice Lau akan dipanggil untuk memberi keterangan dan mengecam pemandu teksi yang terlibat. Selepas proses itu selesai, satu perbicaraan akan dilakukan dan jika didapati bersalah lesen pemandu teksi tersebut akan ditarik balik dan beliau tidak boleh membawa teksi lagi. 

Secara konklusinya, agensi-agensi kerajaan ini mempunyai proses dalaman mereka sendiri. Kita bukan lagi di zaman Cina Komunis dimana semua tindakan diambil ikut sesukati hati. There are steps, guidelines and process to be followed. Kita tak boleh ikut suka hati dalam ambil tindakan kerana sebagai agensi kerajaan SPAD kena berlaku adil terhadap kedua-dua pihak, iaitu pengadu dan juga pemandu teksi. Jadi diharap Alice Lau janganlah jadikan isu ini sebagai isu politik murahan hanya untuk meraih undi.  

No comments:

Post a Comment