Thursday, June 4, 2015

Program #Nothing2Hide @DialogPMBersama Bukti @NajibRazak Amalkan Dasar Terbuka


Kami di #KLChronicle pernah menulis satu artikel berkaitan program #Nothing2Hide dimana Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak akan berjumpa NGO-NGO dan menerangkan tentang isu-isu semasa yang kini hangat diperkatakan. 




Program "townhall" seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini dimana langkah yang diambil oleh Perdana Menteri merupakan satu langkah yang proaktif dan melambangkan keterbukaan beliau dalam menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan pihak berkepentingan. 



Pada masa dahulu, pemimpin negara lebih gemar menggunakan "1 way communication" dimana hanya pemimpin yang bercakap dan rakyat mendengar tanpa diberi peluang untuk menyoal atau pun memberikan pendapat. Namun dalam era kepimpinan Datuk Seri Haji Najib Tun Razak semua ini tidak berlaku lagi. Zaman "government knows best" telah berakhir. Cara kerajaan BN dibawah PM kali ini sangat berbeza dimana rakyat diberikan peluang untuk memberikan idea bagaimana untuk sama-sama membangunkan kerajaan. 



Bagi kami di #KLChronicle, langkah yang diambil PM ini terbukti tepat dan menunjukkan keikhlasan beliau untuk sama - sama bersama rakyat dan memberi penjelasan tentang apa sahaja perkara atau isu yang berkaitan. Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri yang berkuasa sebelum ini. 

Sebagai rakyat Malaysia, kita kini mempunyai PM yang sangat terbuka dalam menangani apa isu yang dibangkit. Oleh itu, jangan buang masa dan jom turun ke program #Nothing2Hide esok. Jangan hanya pandai menjadi "keyboard warrior" dan mengkritik dari kerusi empuk sahaja. Jom turun kebawah dan dengar penerangan dari PM sendiri. 

No comments:

Post a Comment