Thursday, June 25, 2015

#Pengkhianat @malaysiakini cuba menipu dan fitnah PM @NajibRazak pulak dah? @razlanrafii

Ada pula orang yang pick up cerita Malaysiakini dan balun PM

Nampaknya Blogger Pro - Tun Mahathir dan Malaysiakini kini semakin terdesak dalam usaha mereka untuk memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak. Malam tadi blogger Apanama dalam Twitter beliau telah secara jelasnya menipu dan cuba memberi persepsi yang jahat terhadap Perdana Menteri dengan mengatakan bahawa "Tun Dr Mahathir Hilang di Ibu Pejabat UMNO" malah beliau juga menggunakan #hashtag #Pengkhianat sebagai memberi persepsi bahawa mungkin Perdana Menteri ataupun kakitangn PWTC telah melakukan pengkhianatan dengan "menghilangkan" gambar Tun Mahathir. Namun penipuan beliau akhirnya berjaya dibongkar oleh Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Saudara Mohd Razlan Rafii. 




Memetik kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh Mohd Razlan,

Pemuda UMNO Wilayah di Tingkat 4 bagi melihat sendiri dakwaan Malaysiakini bahawa Gambar Tun Mahathir tidak berlampu..

Kami melihat gambar ini terang dan tidak ada masalah.

Mohd Razlan
Ketua Pemuda UMNO WP


IMG-20150625-WA0004
Trupers pro Tun M melompat bila terima berita dari portal bukan Islam. Kan Allah dan RasulNya dah pesan, bila terima berita dr org fasiq, jgn mudah percaya, semak dulu. Apa lg la klu berita tu dtg dr kafir harbi atau musuh Islam, lagi la tak boleh dipercayai... apa nak jd dgn trupers Tun M ni?

Malah kenyataan Mohd Razlan ini juga turut disahkan oleh portal UMNO-ONLINE (Baca DISINI). 

No comments:

Post a Comment