KL CHRONICLE: Pemasaran politik dan idealogi gaya @DAPMalaysia oleh @ayathelme

Monday, June 29, 2015

Pemasaran politik dan idealogi gaya @DAPMalaysia oleh @ayathelme

Kelangsungan bangsa dijual demi kuasa politik
Setahun selepas PRU13, DAP dilihat memberi penekanan serius untuk menarik undi orang Melayu dan Islam secara langsung tanpa bergantung kepada PAS dan PKR seperti PRU10, PRU11 dan PRU12.

Persoalannya mengapakan DAP mengambil berat undi untuk memperolehi sokongan daripada kumpulan Melayu dan Islam sedangkan calon-calonnya bertanding di kawasan majoriti Cina?


DAP sedang melakukan make over dari parti cauvanis Cina, kenapa parti yang disokong anak muda Melayu dan Islam selepas PRU13.

Ini selepas mereka menyedari bahawa sokongan Cina dah sampai ke siling dan Barisan Nasional yang tunjang utamanya adalah UMNO tidak tumbang.

Seorang kawan memberitahu saya, ketika hari pengundian 505 PRU13, Cina Malaysia dari seluruh dunia balik untuk UBAH tapi BN tak tumbang.

Kerusi parlimen yang dimenangi UMNO sahaja sama jumlah dengan seluruh kerusi parlimen yang dimenangi DAP, PKR dan PAS. Apakah sebabnya?

Kerana apa...? kerana pengundi Bumiputera yang merupakan penduduk majoriti  menyokong BN, dengan (lebih 60 %) Melayu dan Islam menyokong UMNO.

Menyedari hakikat bahawa jika semua Cina sokong DAP pun mereka tidak boleh berkuasa lebih besar dari yang dimenangi PRU13 maka strategisnya telah mengubah haluan parti.

Untuk menarik sokongan segmen utama dalam PRU di Malaysia iaitu Bumiputera Islam, mereka mengeluarkan produk A, produk B, produk C.

Untuk segmen Bumiputera Islam produk A yang kumpulan sasarnya adalah Melayu bandar yang liberal maka orang mana Diana Sofia mewakili imej itu.

Cantik, tak bertudung, menggoda, skrit boleh, baju kurung boleh, (masih tak terjawab gambar dengan Zairil imej siapa?) anak orang UMNO dan lain-lain.

Produk B pula orang macam Rara, Melayu separa bandar/nasionalis, bertudung hispter, terbuka, cantik, suka bergambar, ahli NGO, mudah bergauldan lain-lain.

Produk C pula untuk menarik minat Bumiputera Islam adalah Melayu/Islamist pakai niqab, ala-ala exterimis, tertutup, sekolah agama tapi sokong DAP.

Untuk peringkat pertama semua perempuan, sebab biasalah consumer suka kepada perempuan 70 peratus iklan dilakonkan perempuan.

Akan ada fasa kedua dan ketiga untuk menarik sokongan Melayu, termasuklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kongres Nasional DAP.

DAP tahu hanya dengan sokongan Bumiputera saja mereka boleh berkuasa, kini segman Bumiputera Islam dan bukan Islam masih merupakan penyokong kuat BN.

-@ayathelme
29/6/2015
(satu dari dua siri)

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget