KL CHRONICLE: Kini Ketua Pemuda @dapmalaysia Gelar Nik Abduh "Low Standard"

Friday, June 12, 2015

Kini Ketua Pemuda @dapmalaysia Gelar Nik Abduh "Low Standard"

Muka macam ni pun boleh jadi Ketua Pemuda, ha ha ha
Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong hari ini membidas Nik Mohd Abduh Nik Aziz sebagai seorang yang "low standard" susulan cabarannya kepada DAP supaya menamatkan hubungan mereka dengan parti Islam tersebut.

Beliau berkata ketua Pemuda PAS itu tidak wajar mengeluarkan cabaran sedemikian kerana bukan DAP yang memutuskan untuk tidak mahu menjalin kerjasama dengan PAS, sebaliknya mereka sendiri yang membuat keputusan itu.



"Bagi saya itu satu kenyataan yang 'low standard'. PAS dalam muktamar yang membuat keputusan menamatkan hubungan, sekarang mahu buat pusingan U.

"Mereka perlu tanya diri, sendiri siapa yang tidak jantan," kata Teo, yang juga ahli Parlimen Rasah, kepada The Malaysian Insider.

Menerusi media sosial, ahli Parlimen Pasir Mas itu mencabar DAP mengisytiharkan kerjasama antara mereka putus secara rasmi, sama seperti apa yang dilakukan PAS.

"Sekali nampak macam yakin dan berani benar, tapi asyik dok tekan PAS supaya putus hubungan dengan dia. Macam tak yakin pula nak lafaz cerai terhadap PAS.

"'Come on' lah DAP, jadilah jantan juga. Pilih, 'be gentleman, cool' macam PAS atau berterus terang je.. tolak PAS," tulis Nik Abduh di status laman Facebooknya semalam.

Teo berkata, tindakan Nik Abduh tersebut cuba mengalih perhatian rakyat pada ketika ahli PAS di Pulau Pinang tidak mahu melepaskan jawatan mereka di peringkat kerajaan negeri walaupun keputusan muktamar sudah dibuat untuk tidak bekerjasama lagi dengan DAP.

"Saya percaya beliau cuba alihkan perhatian. Masalahnya kini ialah, mereka yang putuskan hubungan dengan DAP.

"Sekarang bila Ketua Menteri Pulau Pinang meminta mereka meletak jawatan atau mengosongkannya, beliau pula mencabar DAP memutuskan hubungan dengan PAS," katanya.

Kemelut yang berlaku ketika ini bukan berpunca dari DAP, kata Teo, malah keputusan tersebut dibuat sendiri oleh pemimpin parti Islam tersebut.

"Ini bukan masalah DAP, mereka sepatutnya cari jalan penyelesaian terhadap masalah yang mereka sendiri cipta. Bukan dengan kenyataan sedemikian," katanya. – 12 Jun, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-abduh-low-standard-cabar-dap-putus-hubungan-kata-ketua-pemuda-dap#sthash.mGDETb1h.dpuf

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget