KL CHRONICLE: Kini Joseph Lim Guan Eng label PAS parti tidak bermaruah, tetapi puji Mat Sabu

Thursday, June 11, 2015

Kini Joseph Lim Guan Eng label PAS parti tidak bermaruah, tetapi puji Mat Sabu


Ketua menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng hari ini berkata barisan kepimpinan baru PAS jelas hilang maruah dan prinsip kerana enggan mengarahkan pemimpin mereka meletak jawatan dalam kerajaan pimpinan DAP.

Lim berkata tindakan terdesak ahli majlis PAS Pulau Pinang yang terus berpegang pada jawatan mereka memalukan parti mereka dan melemahkan kerajaan negeri itu.



 "PAS tidak boleh bersembunyi, tetapi harus berani bertanggungjawab sepenuhnya kerana menamatkan hayat PR (Pakatan Rakyat), apabila muktamar PAS menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

"Secara logiknya, PAS harus mengarahkan wakil kerajaan mereka untuk meletakkan jawatan mereka kerana mereka bukan lagi sebahagian daripada PR.

"Keengganan kepimpinan PAS yang baru untuk mengarahkan wakil kerajaan mereka meletakkan jawatan dan tindakan 4 Ahli Majlis PAS dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai mempertahankan kedudukan mereka sangat memalukan, merendahkan maruah dan penghormatan PAS di mata orang ramai," katanya. 

Beliau mempersoalkan bagaimana 4 ahli majlis PAS itu boleh terus berkhidmat dengan kerajaan negeri apabila parti mereka memutuskan hubungan dengan DAP, dirinya dan juga pengerusi DAP Pulau Pinang dan exco kerajaan tempatan Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Ahli parlimen Bagan itu juga menuduh PAS "berkelakuan seperti Umno", kerana Idris Ahmad, naib presiden baru parti itu, mendakwa seruan Lim supaya wakil kerajaan PAS meletakkan jawatan menimbulkan persepsi negatif terhadap DAP di kalangan orang Melayu.

Lim berkata Idris "bergantung kepada ekstremisme dan perkauman" untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan PAS mewajarkan kenapa pemimpinnya  mereka "masih bergantung kepada jawatan mereka".

Bagaimanapun, beliau memuji bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof Rawa dan Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Rosidi Hussain kerana melepaskan jawatan mereka di negeri itu.

"Inilah pemimpin PAS yang berprinsip, yang menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang bukan kerana jawatan, tetapi kerana iltizam mereka untuk berkhidmat kepada rakyat."

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget