Wednesday, June 24, 2015

Kerajaan Peruntukan RM 50 Juta bagi PKS Kaum Cina

PM Najib Razak berkerja dengan baik bersama Liow Tiong Lai dan Wee Ka Siong
Menyedari bahawa sokongan masyarakat Cina kini mula kembali ke pangkuan Barisan Nasional, Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak baru-baru ini telah melancarkan Skim Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kaum Cina dengan peruntukan khusus RM 50 juta bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kaum Cina untuk terus berkembang.



Malah langkah Perdana Menteri membantu masyarakat Cina ini telah mendapat reaksi positif badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan usahawan Cina. Memetik laporan BERNAMA,Presiden Persatuan Pertukaran Perdagangan China (Malaysia), Dr Philip Loh jmenyampaikan penghargaan kumpulan itu kepada perdana menteri kerana inisiatif beliau dalam mewujudkan pertukaran perdagangan secara positif dengan China dan memudahkan banyak urus niaga serta pelaksanaan projek usaha sama antara usahawan China dan Malaysia.

"Pada waktu sama, kami juga terus mengharapkan sokongan perdana menteri bukan sahaja dari segi peruntukan pinjaman perniagaan, tetapi juga dari segi dasar dan projek bagi usahawan Cina," katanya.

Bagi kami di #KLChronicle, kerjasama yang erat antara Perdana Menteri dan masyarakat Cina telah diperkukuhkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong. Ini kerana Datuk Dr Wee Ka Siong merupakan menteri yang berganggungjawab terhadap PKS Cina dan memandangkan beliau telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik sebagai menteri, PM telah bersetuju memberikan dana sebanyak RM 50 Juta kepada PKS Kaum Cina bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan masing-masing.

Malah, menurut  Datuk Dr Wee Ka Siong, sehingga kini sebanyak 170 permohonan Skim Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kaum Cina diterima sejak ia dilancarkan. Ini menunjukkan bahawa orang Cina menyokong program-program yang dilakukan oleh kerajaan dan mereka juga dilihat semakin terbuka dibantu oleh kerajaan Barisan Nasional. 

Ini sejajar dengan statistik yang diterima sepanjang PRK Rompin dan Permatang Pauh yang telah diadakan beberapa bulan lepas dimana telah terdapat peningkatan yang ketara sokongan orang Cina kepada Barisan Nasional. Kami di #KLChronicle berharap Datuk Dr Wee Ka Siong dapat meneruskan prestasi baik beliau sebagai menteri sekaligus menarik semula sokongan rakyat berbangsa Cina kepada BN.

Paling menggembirakan kami adalah apabila usaha murni Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak ini dihargai oleh masyarakat Cina. Tidak seperti masyarakat lain yang walaupun telah dibantu dengan banyak sejak penubuhan UMNO, masyarakat ini masih tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada sehingga menyebabkan perpecahan dikalangan bangsa sendiri yang akhirnya akan merugikan mereka juga. 

No comments:

Post a Comment