MENTERI KEWANGAN ll, DS Ahmad Husni Hanadzlah dalam wawancara TV1 menjelaskan usahasama dengan Petrosaudi tiada kaitan dengan Jho Low dan tiada kehilangan dana, sebaliknya mendatangkan pulangan. Katanya:
1. Dalam usahasama 1MDB-Petrosaudi, Petrosaudi mempunyai pegangan sebanyak 60% dan 1MDB 40%.
2. Petrosaudi telah meletakkan aset, iaitu 2 telaga minyak yang berada dalam peringkat cari gali. Petrosaudi juga telah memberi pinjaman sebanyak USD 700 juta bagi menyokong operasi cari gali yang sedang dilaksanakan.
3. Apabila 1MDB melabur USD 1 bilion ke dalam usahasama ini, 1MDB diminta membayar balik pinjaman berjumlah USD RM700 juta.
4. Petrosaudi meletakkan jumlah ini di dalam Good Star, iaitu 100% milik Petrosaudi. Laporan media yang menyebut bahawa Good Star milik Jho Lo, tetapi tiada pengesahan mengenai perkara ini. Petrosaudi telah membuat laporan kepada Fraud Division Polis London menyatakan laporan akhbar itu tidak betul.
5. Pokok persoalannya, adakah pelaburan USD 1bilion itu dapat dibawa balik atau lesap? Tidak. Tiada kehilangan dana dan pelaburan pokok diperolehi semula bersama pulangan, iaitu sebanyak USD 2.3 bilion yang kemudiannya dipindahkan dari Cayman Island ke BSI Singapura melalui firma pelaburan Brazen Sky limited.
6. Pengeluaran pertama USD 1.2 bilion telah dikeluarkan bagi membayar hutang dan faedah. Pengeluaran kedua mengambil masa untuk dicairkan dan
Aabar Investment PJS, sebuah firma pelaburan Abu Dhabi bersetuju untuk suntik dana sebagai tukaran kepada instrumen pembayaran semula Brazen Sky, iaitu dalam bentuk unit dana di BSI. Aabar sepatutnya membuat pembayaran dalam bulan Ogos, tetapi bersetuju untuk membayar lebih awal kerana proses rasionalisasi 1MDB.
7. Kenapa BSI bukan bank lain? BSI merupakan penjaga atau custodian yang dipersetujui bersama oleh Brazen Sky dan 1MDB.
8. Tidak timbul soal dana hilang dan ada sejumlah dana yang 'lesap' yang dibayar kepada Jho Lo.
tun faisal dot com: #1MDB: Dakwaan pelaburan usahasama dengan Petrosaudi lesap, masuk poket Jho Low tidak benar - http://tunfaisal.blogspot.com/2015/06/1mdb-dakwaan-pelaburan-usahasama-dengan.html?m=1
Semalam Menteri Datuk Seri Husni menyatakan tiada dana awam digunakan, tetapi pelaburan dari KWAP sebanyak RM 1.2 bilion, lepas tu pembelian tanah oleh Tabung Haji di mana tanah seluas 1.56 ekar di TRX yang mana diperolehi oleh 1MDB dengan harga RM 4 juta tetapi dijual dengan harga RM 188.5 juta, hampir sama dengan harga keseluruhan tanah berkeluasan 70 ekar di TRX yang diperolehi oleh 1MDB dari kerajaan dengan harga kurang RM 200 juta.
ReplyDeleteApakah transaksi ini juga telah disiasat oleh pihak Audit Negara dan juga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara?
Kita mau tahu jugalah apakah rasionalnya 1MDB hanya membayar tanah yang berharga RM 7 bilion di TRX dengan harga kurang RM 200 juta, apakah perkara ini mendapat kelulusan dari pihak kabinet serta dalam pengetahuan pihak kabinet?
Malahan bukan setakat tanah di TRX, tetapi tanah berkeluasan 500 juta lebih ekar di Sungai Besi yang hanya dijual dengan harga kurang dari RM 1.5 bilion sedangkan harga tanah itu berkali ganda lebih tinggi dari harga belian oleh 1MDB, apakah rasionalnya?
Malahan plot tanah di TRX berkeluasan 1.56 ekar yang dijual kepada Tabung Haji, tanah berkeluasan 1.56 ekar itu, hanya diperoleh dari pihak kerajaan oleh 1MDB dengan harga RM 4 juta, tetapi mengapakah dijual dengan harga RM 188.5 juta kerana Tabung Haji juga GLC milik kerajaan, mengapakah berlaku sebegini? Kalau 1MDB dapat tanah dengan harga murah sebab milik kerajaan, Tabung Haji juga GLC milik kerajaan, apa bezanya 1MDB dengan Tabung Haji?
Sebenarnya banyak lagi isu, cuma jawablah yang ni dulu.
Beritahulah juga mengenai pihak yang memberikan hutang kepada 1MDB yang perlu 1MDB jelaskan dengan menggunakan dana dari Aabar yang kononnya buat pelaburan USD 1 bilion di dalam 1MDB untuk pembangunan TRX dan Bandar Malaysia, tetapi USD 975 juta akan digunakan untuk bayar hutang 1MDB, tinggal baki USD 25 juta sahajalah, pelaburan jadah apa kalau begini rupa? Malahan Menteri Datuk Seri Husni tak jelaskan pihak yang 1MDB perlu bayar hutangnya itu, kata menteri Datuk Seri Husni malam tadi, dia tak boleh dedahkan pihak yang memberi hutang kepada 1MDB sekarang ni, apa kejadahnya pula? Siapa pihak itu?
ReplyDeleteKalau banyak sangat konar sana sini, maka akan menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan sebagaimana terhakisnya kepercayaan rakyat terhadap Speaker Parlimen, dapat sahaja perabot baharu, tandas baharu, ubah suai pejabat mengikut kehendak hati, maka boleh jadi pecacai Najib yang dicucuk hidung dan diseret ke sana ke mari oleh Najib, hinggakan Najib membohong dalam parlimen pun tak diambil tindakan disiplin, sebab dah diberi makan suap perabot, tandas dan ubah suai pejabat tadilah.