Monday, June 22, 2015

Datuk Seri @LiowTiongLai : Ulang Tahun Peringati Tragedi #MH17 Diadakan Bulan Depan



Tahniah diucapkan kepada Kementerian Pengangkutan, terutamanya Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang telah mengambil langkah proaktif dengan mencadangkan satu ulang tahun memperingati tragedi MH17 diadakan pada bulan depan. Walaupun keputusan muktamad belum dilakukan, namun cadangan Datuk Seri Liow Tiong Lai ini akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu depan untuk tindakan lanjut.



Malah, bukan sahaja Malaysia tetapi Belanda dan Australia turut mengadakan ulang tahun memperingati MH17 di negara masing-masing. Ini adalah kerana bukan sahaja rakyat Malaysia, malah warga Belanda dan Australia juga turut menjadi mangsa dalam insiden jenayah antarabangsa ini yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai,

"Belanda akan mengadakan ulang tahun memperingati tragedi MH17 pada 17 Julai manakala Australia akan turut mengadakan ulang tahun itu pada bulan yang sama," 

Malah, bagi menunjukkan komitmen kerajaan Malaysia dan juga Malaysia Airlines, syarikat penerbangan negara itu juga sedia menanggung perbelanjaan keluarga mangsa tragedi itu yang ingin menghadiri sambutan ulang tahun di Belanda.

Bagi kami di #KLChronicle, langkah mulia yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Liow Tiong Lai wajar diberi pujian. Ini menunjukkan kerajaan Malaysia tidak lepas tangan dan tidak lupa terhadap pengorbanan mangsa pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh pengganas Ukraine. Komitmen kerajaan dalam memberi bantuan serta "moral support" tetap diteruskan walaupun tragedi ini sudah berlaku hampir setahun yang lepas. Ini dengan jelas membuktikan kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab. 

Kepada keluarga mangsa MH17, tabahlah dengan kehilangan orang yang tersayang. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. 

No comments:

Post a Comment