Friday, June 19, 2015

@AzminAli nafi kenyataan @RafiziRamli, krisis Pakatan tidak akan dibawa ke istana

Image result for rafizi ramli
Rafizi Ramli kantoi menipu lagi
Tiada keperluan membincangkan krisis Pakatan Rakyat (PR) dalam pertemuan mingguan bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana isu yang lebih penting adalah isu pembangunan negeri, kata Mohamed Azmin Ali menafikan kenyataan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini.

Menteri besar Selangor berkata, institusi istana tidak seharusnya diheret dalam pentadbiran kerajaan negeri dan institusi berkenaan sewajarnya dihormati.



“Tidak ada keperluan. Jangan heret istana dalam krisis politik. Kita kena menghormati institusi diraja.

“Pertemuan saya dengan Tuanku secara berkala setiap minggu untuk berbincang tentang pembangunan negeri Selangor,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Negeri Shah Alam petang ini.

Rafizi memberitahu pemberita di Parlimen hari ini Azmin akan bertemu dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan situasi terkini di Selangor selepas DAP dan PKR mengumumkan PR sudah mati.

"Azmin (yang merupakan Timbalan Presiden PKR) akan memberi penjelasan kepada Sultan dalam masa terdekat... (mungkin) rakyat juga agak keliru dengan (keadaan pakatan pembangkang Selangor), bukan mudah (untuk) rakyat membuat keputusan untuk memilih (parti) mana (untuk disokong) kerana kami (pakatan pembangkang) mendapat mandat pada pilihan raya umum lepas," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Azmin berkata, tiada asas untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kerana parti dalam PR masih berfungsi di negeri itu.

Katanya, kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam perlu dirujuk yang menegaskan gabungan politik dalam PR tidak berfungsi secara normal. 

“Siapa kata tak ada (PR)? Ikut kenyataan Dr Wan Azizah semalam, baca. Ada dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 

“Kenapa kamu arahkan kita perlu ada pakatan baru? Itu hanya cadangan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa). Belum pun jadi anggota PR,” katanya mengulas pembentukan parti baharu oleh NGO itu. 

No comments:

Post a Comment