KL CHRONICLE: Pelakon Cina Keith Foo Didenda Kerana Maki Polis @PDRMsia

Tuesday, May 26, 2015

Pelakon Cina Keith Foo Didenda Kerana Maki Polis @PDRMsia

Wajah pelakon yang telah menghina dan mengaibkan anggota polis yang menjalankan tugas 
Pelakon berbangsa Cina Keith Foo didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam atas pertuduhan mengaibkan dan menghina anggota polis trafik ketika ditahan dalam satu sekatan jalan raya, Mac lepas.

Kata-kata yang dikeluarkan oleh Keith Foo iaitu ‘kau siapa, kau ingat kau polis besar sangat kah bodoh






Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 32, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah turut memerintahkan pelakon drama bersiri popular 'Ariana Rose' itu dipenjarakan 10 hari jika gagal membayar denda.


Tunangnya, Kim Raymond yang hadir menemani pelakon itu membayar denda berkenaan.

Artis yang turut membintangi drama bersiri 'Love You Mr Arrogant' itu didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan kurang sopan terhadap Faizul Amri Md Zan bagi tujuan mengaibkan dan menghina anggota polis itu.

Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Davis,  Kuala Lumpur pada jam 4.30 pagi, 15 Mac lepas dan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Menurut fakta kes, Faizul Amri menahan kereta Mercedes-Benz yang dipandu Kim, 30, seorang model, dan Kim didapati positif alkohol dengan bacaan 203mg selepas ujian pantas alkohol dijalankan.

Keith yang ketika itu berada di dalam kereta berkenaan keluar dan bertindak memaki hamun polis trafik itu dengan kata-kata kesat.

Ketika rayuan, pelakon itu yang tidak diwakili peguam memohon maaf dan memberitahu mahkamah dia menyesali perbuatannya itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira pelakon itu tidak menghormati badan penguatkuasaan dan dia sebagai orang yang dikenali ramai sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada umum.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Nur'Aminahtul turut menegur tindakan Keith sebagai perbuatan yang tidak patut dilakukan dengan mengambil kira polis trafik tersebut hanya menjalankan tugasnya. – Bernama, 26 Mei, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget