KL CHRONICLE: Peguam Negara Rayu Keputusan Mahkamah Kuching Dalam Kes Persempadanan Semula di Sarawak, Bersih 2.0 dan PKR kenapa kalut?

Sunday, May 31, 2015

Peguam Negara Rayu Keputusan Mahkamah Kuching Dalam Kes Persempadanan Semula di Sarawak, Bersih 2.0 dan PKR kenapa kalut?

SPR telah ikut segala apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam proses persempadanan semula di Sarawak
Sususlan daripada artikel kami di #KLChronicle yang kecewa dengan tindakan Mahkamah Tinggi Kuching telah membuat keputusan dengan mengarahkan SPR mengeluarkan semula notis tentang persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak dengan mematuhi peruntukan dalam Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan. 




Dalam artikel tersebut, kami menyatakan pendirian kami bahawa kami mahu Pejabat Peguam Negara merayu keputusan yang dibuat dan Alhamdulillah pada 29 May 2015 Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan. 

Namun, setelah rayuan difailkan, PKR dan NGO Pembangkang iaitu Bersih 2.0 telah mula menghentam Peguam Negara dan SPR kerana kononnya tidak menghormati keputusan yang dilakukan Mahkamah Kuching.  Bagi kami di #KLChronicle, ini adalah satu pandangan jahat dan bodoh oleh Pmimpin PKR. Keputusan hakim mahkamah tinggi Kuching tidak bermakna keputusan itu sudah muktamad.

Bagi kami, Inilah wajah sebenar PKR bila keputusan mahkamah menyebelahi mereka, mereka terus menganggapnya sebagai keputusan yang "absolute" dan  merekalah yang betul sedangkan masih ada lagi Mahkamah yang lebih tinggi yang akan menentukan ketepatan sesuatu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah. 

Biarlah proses undang-undang itu berjalan terlebih dahulu seperti yang termaktub dalam proses undang-undang negara. Sepatutnya PKR diam dan tunggu apa keputusan selanjutnya. Umum ketahui Hakim juga manusia biasa dan mereka tidak terlepas dari membuat kesilapan. 

Ini tidak, bila PKR dan Bersih 2.0 menyedari mereka dalam keadaan bersalah,  mereka mula meracuni fikiran rakyat utk membenci SPR walhal apa yang dilakukan oleh SPR dengan jelas adalah usaha yang murni dan sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Perlu diingatkan, apabila Peguam Negara telah merayu, yang akan mendengar kes adalah Mahkamah Rayuan dimana dalam mahkamah rayuan nanti ada beberapa panel hakim yang akan menilainya. Persoalanya sekarang, adakah PKR dan Bersih 2.0 akan menerima keputusan mahkamah rayuan jika ianya tidak menyebelahi mreka? Sudah pasti tidak!

Pastinya PKR & Bersih 2.0 akan dicanang bahaw Hakim kononnya "ditekan" , "dibayar" dan sebagainya. Namun, jika keputusan menyebelahi mereka pasti mereka berkata hakim bertindak bijak dan tepat. Inilah kejahatan Bersih dan PKR yang bijak meracuni fikiran rakyat dan bersikap hipokrit hanya demi kepentingan mereka.

SPR sentiasa bertindak adil dan saksama dalam menjalankan fungsi dan peranannya. Adakah apabila sesuatu yg SPR tidak boleh memenuhi hasrat PKR, SPR dikatakan tidak bertindak bebas. Proses persempadanan yang dijalankan SPR telah mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan. Keputusan penghakiman oleh Mahkamah Tinggi Kuching sebelum ini hanya memutuskan deklarasi penyiaran notis sahaja yang dianggap batal dan tidak sah hanya kerana maklumat penyiaran yang tidak mencukupi. Itu sahaja. 

Untuk pengetahuan semua, SPR adalah badan yang ditubuhkan secara sah di bawah Perlembagaan Persekutuan . Perlantikan Pengerusi Dan anggota SPR Adalah Dengan perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong (YDA)

Di bawah undang-undang SPR berfungsi secara sah Dan mampunyai perlindungan di sisi Undang -Undang. Apabila tindakan SPR tidak dipersetujui oleh Rakyat SPR boleh dibawa ke Mahkamah.Apa saja keputusan Mahkamah akan dipatuhi namun dalam menghadapi proses perundangan SPR juga berhak untuk memepertahankan tindakannya di Mahkamah.

Inilah yang berlaku sekarang. Kenapa PKR dan Bersih 2.0 perlu pertikai tindakan SPR Dan Peguam Negara dalam membuat rayuan ? Di bawah sistem Perundangan Hak merayu tetap sama kepada semua orang atau SPR iaitu untuk merayu ke Mahkamah Rayuan Dan Mahkamah Persekutuan!

Kalau dahulu BERSIH diistiharkan tidak Sah Dan haram disisi undang undang Mereka juga membawa tindakan ke Mahkamah Dan apabila tiada rayuan di buat di Mahkamah Rayuan maka barulah keputusan Mahkamah Tinggi menjadi muktamad!

Kalau tidak faham proses perundangan lebih baik Pengerusi Bersih Dan PKR Sarawak yang letak jawatan daripada meminta AG Dan SPR meletak Jawatan. Kedua dua Jawatan AG Dan SPR adalah lantikan YDA tetapi BERSIH 2.0 siapa yang melantik mereka?

Kalau tidak faham jangan komen pasal proses perundangan dan juga intergriti SPR kerana lebih baik cermin diri sendiri dahulu kerana siapa yang melantik Bersih untuk mewakli rakyat Malaysia ? Perlantikan yang tidak bermaruah dan lebih kepada syok sendiri!

Apa pun SPR tetap menghormati keputusan Mahkamah dan dengan penuh bermaruah menghadapi kes ini dan akan memepertahankan tindakan tersebut di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan bukan di Mahkamah atau tribunal Rakyat Bersih yang menghasut Dan meracuni pemilkiran rakyat melalui KEMPEN yang ditaja oleh pihak yang membenci Dan berniat mala fide terhadap SPR !

Jumpa SPR di Mahkamah Rayuan Dan Mahkamah Persekutuan bukan Hanya berani di media tapi kecut bila SPR membuat Rayuan !

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget