KL CHRONICLE: @mpkotabelud : Tidak Banyak Perbezaan antara PM @NajibRazak & TPM dalam isu #1MDB #KekalNajib

Friday, May 22, 2015

@mpkotabelud : Tidak Banyak Perbezaan antara PM @NajibRazak & TPM dalam isu #1MDB #KekalNajib



Beberapa hari lepas timbul kekecohan besar di kalangan para pengulas politik negara.

Saya tidak sedar akan kekecohan ini sehingga saya menerima pautan internet yang dikongsi oleh sabahat saya di Whatsapp, yang menunjukkan klip video 7 minit YAB Timbalan Perdana Menteri, sewaktu beliau memberi ucapan sempena sesi latihan pemimpin Bahagian UMNO baru-baru ini.



Klip video yang di hantar di ruangan Whatsapp itu juga disertakan bersama satu komen yang mendakwa TPM bertelagah pendapat dengan YAB Perdana Menteri mengenai isu 1MDB. Dari situ barulah saya sedar akan segala kekecohan yang timbul!

Saya rasa saya menonton klip video itu lebih dari 5 kali, bagi menentukan sekiranya ada sebarang kebenaran terhadap dakwaan tersebut. Namun, saya tidak melihat banyak perbezaan pandangan PM dan TPM mengenai isu 1MBD.

Berikut adalah pemerhatian saya selepas membandingkan apa yang diucapkan oleh TPM dalam klip video dan apa yang telah PM nyatakan secara terbuka sebelum ini.

Pertama, TPM berkata beliau bimbang kerana 1MDB telah menjadi satu kerisauan rakyat dan jika tidak diselesaikan dalam jangka masa terdekat, ia akan memberi kesan kepada kerajaan dan masa depan parti. Jika kita ikuti kenyataan umum yang dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini, beliau juga merakamkan ulasan yang sama.

Kedua, TPM berkata dalam klip video tersebut bahawa 1MDB memerlukan penyiasatan segera. Kerajaan tidak boleh menunggu lebih lama lagi. Beliau bercakap mengenai perlunya "to hold the bull by its horns" dan saya rasa begitu juga dengan PM. Sebab itulah, kita mendengar PM mengumumkan siasatan segera dilakukan oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia dan penyiasatan yang mestilah dilengkapkan dalam masa beberapa bulan.

Satu-satunya perbezaan pendapat antara PM dan TPM yang dapat saya perhatikan dalam klip video tersebut, adalah bahawa TPM meminta Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif terkini disingkirkan, manakala PM mengambil kedudukan bahawa tindakan terhadap mana-mana individu hanya akan diambil selepas siasatan menyeluruh oleh Ketua Audit Negara dan PAC selesai.

Walaupun saya bersetuju dengan pendapat TPM bahawa dengan penyingkiran serta-merta Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli Lembaga Pengarah dapat meredakan kebimbangan orang ramai mengenai isu ini, namun saya tidak pasti bahawa jika keputusan itu akan membantu mempercepatkan usaha untuk perolehi kebenaran yang sebenar.

Lazimnya perkara pertama yang dilakukan apabila CEO dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah baru masuk, mereka akan meminta lebih masa untuk memahami isu-isu di bawah kendalian mereka. Bagaimanakah cara bagi mereka untuk menjawab sebarang soalan jika tidak tahu hujung pangkal sesuatu isu.

Mereka mungkin meminta beberapa bulan untuk meniliti semua butiran dan dokumen-dokumen sebelum mereka boleh memahami apa yang berlaku dan seterusnya memberi keterangan dalam siasatan berterusan yang dikendalikan oleh Ketua Audit Negara dan PAC. Ini suatu proses yang memakan masa dan bakal dilihat lambat lagi merugikan, walaupun umum tahu orang ramai ingin jawapan yang cepat bagi isu 1MDB.

Pada pendapat saya, dengan memecat Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah boleh dijadikan pilihan jika Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB enggan memberikan keterangan. Namun secara terbuka, mereka mengatakan bahawa mereka akan bekerjasama dan akan tampil memberi keterangan kepada Ketua Audit Negara dan membantu siasatan PAC.

Perlu diingatkan, Ketua Pegawai Eksekutif kini hanya dilantik beberapa bulan yang lalu. Beliau tidak terlibat dalam kontroversi 1MDB yang sering diperkatakan, dan ia terjadi sebelum beliau menyertai organisasi 1MDB. Saya tidak tahu bagaimana pemecatannya boleh menyumbang dalam usaha untuk mencari kebenaran.

Untuk berlaku adil kepada TPM, beliau ada menyebut dalam klip video bahawa bukan niat beliau untuk menunjukkan kebencian terhadap PM atau untuk menunjukkan bahawa mereka bersehaluan. Malah dalam klip video itu, TPM ada mengatakan bahawa beliau menghormati PM.

Kesimpulannya, saya menelefon kembali kawan saya itu dan bertanya kepadanya, apakah kekecohan yang timbul?

2 comments:

Labu8455 said...

Masih "blurr" lagi rupanya...

Fikir said...

pecat segera supaya tak boleh menghapuskan bukti penyelewengan lah dol

kangkung surun tunggu audit tapi kangkung terus menerus buat langkah SELAMATKAN 1MDB

kangkung cuma nak masa yg cukup utk menutup segala masaalah pengurusan

itu pun tak faham .. penjilat kangkung dah kena nasi kangkang ke

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget