KL CHRONICLE: MCA Menjawab Isu BR1M adalah "rasuah" seperti yang disebut Tun Mahathir

Friday, May 22, 2015

MCA Menjawab Isu BR1M adalah "rasuah" seperti yang disebut Tun Mahathir


Baru-baru ini, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengatakan bahawa kerajaan membazir duit dalam memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada masyarakat kerana terdapat segelintir masyarakat yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan. Malah, Tun Dr. Mahathir memberitahu blogger Din Turtle bahawa di Ipoh hampir 17,000 orang berbangsa Cina menolak pemberian BR1M oleh kerajaan kerana tidak suka dengan pemberian wang tunai yang dilakukan oleh kerajaan. 



Kenyataan Tun Dr. Mahathir bahawa 17,000 orang berbangsi Cina menolak pemberian BR1M oleh kerajaan telah disangkal oleh Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan yang mengatakan bahawa MCA tidak/belum pernah dengar respon dari masyarakat Cina yang mendakwa mereka menolak BRIM kerana ianya merupakan satu bentuk "rasuah" oleh kerajaan. 

Bagi kami di #KLChronicle.objektif utama BR1M adalah untuk memberi bantuan secara direct dan langsung kepada rakyat yang memerlukan. Tidak ada lagi "orang tengah", "agen" atau sebagainya. Kerajaan memberi bantuan wang tunai kepada rakyat, dan rakyat mempunyai hak ke atas wang tersebut. Rakyat boleh berbelanja dengan apa cara sekalipun tanpa dikawal oleh kerajaan. Bukankah ini bagus? 


Malah, kerana keadaan ekonomi negara yang semakin kukuh, pemberian BR1M kepada rakyat juga meningkat dengan sewajarnya. Ini membuktikan bahawa kerajaan telus dalam memastikan  bahawa hasil dan laba yang diperolehi oleh kerajaan dikongsi bersama rakyat, tidak kira sama ada rakyat itu adalah penyokong BN atau pembangkang. Tidak ada langsung diskriminasi dalam pemberian BR1M oleh kerajaan. Tidakkah ini menunjukkan kerajaan ikhlas membantu rakyat?

Lagi satu, apa pendapat pembaca? Adakah BR1M ini merupakan satu bentuk rasuah?r

3 comments:

RSOthman said...

Memang ler bukan rasuah. Tapi bagi kaum cuna 600 atau 1000 tu tak ada kesan pun dlm cara hidup mereka. Lagi pun kenapa bab nak hentam Tun baru nak percaya pada cina MCA ni? Bekan ke mereka 2x5 dgn DAP? Kalau musuh kita sokong kita, naksudnya sokong bawa rebah ler tu! Sama juga bila PAS kata dia sokong Najib terus jadi PM! Sedar sedar lah sikit!

Fikir said...

Hahahahaha

MCA dapat undi cina berapa persen hah??

Orang cina undi DAP lah, ambik duit kangkung, julang rentang I love Pee eM, Ayam4U, You are our perspiration ...

dah tu sepak muka kangkung bangang dgn tsunami cina

hahahahaha masih nak percaya MCA

Labu8455 said...

MCA mewakili kaum cina ke ? PRU 13 sudah pun memberi jawapan kepada pertanyaan ini. PR dan DAP mengatakan BR1M adalah rasuah dari kerajaan walaupun merekalah diantara yang terdahulu membuat permohonan BR1M (peringatan : hampir 90% kaum cina menyokong pembangkang dalam PRU13)

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget