Wednesday, May 6, 2015

Kini @anwaribrahim Saman SPR Pulak Dah #PRKPermatangPauh #KakWan4PP

KETUM semakin mengarut menjelang #PRKPermatangPauh
Pesalah dan banduan Anwar Ibrahim hari ini bertindak tidak masuk akal apabila memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan 2 lagi kerana kononnya tidak membenarkannya mengundi pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh esok.

Bekas Timabalan Presiden UMNO itu, menerusi peguamnya minggu lalu menghantar notis rayuan kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam usaha membenarkannya mengundi, menyifatkan ia sebagai hak mengundi selaras dengan Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan.



"Hak untuk mengundi prinsip penting dalam demokrasi dan pengundi yang sah mestilah tidak dinafikan hak untuk mengundi dalam apa jua keadaan," kata peguam N Surendran dan Latheefa Koya pada 30 April lalu.

Namun, berdasarkan Perkara 119 (3) Perlembagaan Persekutuan adalah jelas menyatakan bahawa seseorang itu akan hilang kelayakan untuk mengundi sekiranya seseorang itu:

1. Pada tarik kelayakan ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman pemenjaraan; atau

2. sebelum tarikh kelayakan dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di dalam mana-mana bahagian Komanwel dan dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh melebihi 12 bulan dan pada tarikh kelayakan itu dia masih kena menjalani apa-apa hukuman bagi  kesalahan itu. 

Oleh yang demikian, memandangkan Anwar Ibrahim merupakan orang yang masih dalam tahanan, maka SPR tidak mempunyai kuasa untuk memastikan bahawa beliau dibenarkan untuk keluar mengundi semasa PRK Permatang Pauh. 

Lebih melucukan, walaupun tahu undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan tidak berpihak kepada beliau, Anwar turut menamakan SPR dan kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam kes yang tidak munasabah ini. 

Nampaknya betul apa yang dikatakan oleh rakyat, pembangkang kini sudah semakin mengarut apabila undang-undang dan perlembagaan persekutuan juga tidak dihormati hanya kerana gila kuasa sehingga mahu isteri memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh. 

No comments:

Post a Comment