Friday, May 22, 2015

Kerajaan Malaysia Jadikan 2 Kem PLKN Sebagai Penempatan Sementara Pelarian #Rohingya

hishammuddin plkn
Kenyataan MENHAN di Twitter sebentar tadi

Menyedari bahawa krisis pelarian #Rohingya semakin meruncing, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah mengambil langkah yang proaktif dengan menjadikan 2 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai tempat penempatan sementara pelarian Rohingya sehingga kerajaan Malaysia dapat menyelesaikan isu penindasan etnik Rohingya ini dengan negara-negara ASEAN yang lain.


Bagi kami di #KLChronicle, langkah yang diambil oleh Datuk Seri Hishamuddin Hussein melalui Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) ini adalah satu langkah yang sangat baik. Ini kerana, kita mempunyai banyak kem-kem PLKN yang telah dibina dengan baik sekali dari segi infrastruktur, kelengkapan asas dan juga keselamatan.   Memandangkan kem PLKN telah ditangguhkan dan kini kosong, sangat wajar ianya dijadikan penempatan sementara bagi entik Rohingya ini. 

Pelarian Rohingya atas kapal dalam perjalanan ke Malaysia untuk meminta bantuan
Selain itu, penempatan etnik Rohingya dalam kem PLKN juga dapat mengelakkan isu-isu sosial timbul dimana jika etnik Rohingya ini tidak dikawal selia, mungkin akan berlaku kes jenayah dan juga masalah kesihatan kerana kita tidak tahu status kesihatan etnik Rohingya ini. Keeping them in isolation merupakan langkah yang baik bagi kerajaan memantau mereka dan membantu mereka dalam apa aspek yang patut. 

Kami cuma berharap kerajaan Indonesia dan Thailand juga dapat memainkan peranan dalam membantu etnik Rohingya ini. Janganlah hanya biar kerajaan Malaysia yang terpaksa menanggung beban ini walhal ini merupakan satu masalah sejagat iaitu masalah ASEAN. Tekanan harus diberikan kepada kerajaan Myammar supaya membantu etnik Rohingya ini, bukan menindas dan membunuh mereka dengan sewenang-wenangnya. 




No comments:

Post a Comment