Hentikanlah kempen sia2 untuk keluarkan wang deposit daripada Tabung Haji. Fikir secara rasional di samping harus ada rasa tanggungjawab utk pertahankan institusi milik orang Islam iaitu kita semua. Ada beberapa isu perlu difahami sebelum buat apa2 keputusan yang tidak bijak:
1. Semua duit deposit dijamin oleh kerajaan. Jadi tak perlu bimbang kononnya duit kita lesap bila Tabung Haji rugi (kalaupun betul dakwaan rugi)
2. Lagipun Tabung Haji mempunyai dana sebanyak RM56 Billion atau RM56,000 juta. Pelaburan Tabung Haji dibuat berdasarkan strategi "alokasi aset" yg telah diluluskan terlebih dahulu oleh Lembaga Pengarah. Daripada jumlah ini alokasi atau peruntukan untuk sektor pelaburan hartanah adalah 15-20 peratus atau kira2 RM11 billion.
3. Sejak 10 tahun dulu, Tabung Haji tidak pernah gagal bahkan trend menaik dari tahun ke tahun dalam pemberian bonus dan dividen yang tinggi. Kadar dividen Tabung Haji adalah lebih tinggi berbanding dengan mana2 tawaran pelaburan di mana2 institusi perbankan Islam dan patuh Syariah. Bahkan risiko pelaburan amat rendah (atau hampir tiada lantaran jaminan yg diberikan kerajaan) berbanding mana2 dana amanah yg lain. Tahun lepas shj 8.5 peratus bonus (6.25% bonus tahunan dan 2% bonus haji) diagihkan pada setiap pendeposit selepas ditolak zakat. Maknanya tidak perlu lagi bimbang soal tanggunjawab zakat kerana telah dibayar bagi pihak pendeposit.
4. Pelaburan atau pembelian hartanah yang dibuat oleh Tabung Haji hanya dalam hartanah yang patuh syariah dan mampu menjana pulangan (yield) tidak kurang 6%. Dalam kes pelaburan Tun Razak Exchange, pelaburan dijangkakan memperolehi pulangan tahunan antara 8-9.5% iaitu bersamaan keuntungan secara kasar kira2 RM180 juta setahun berbanding kos pembelian tanah yang dibeli pada harga RM170 juta.
5. Harus rasional bahawa yang didakwa bermasalah adalah 1MDB bukannya aset hartanah yang dijualnya. Analogi mudah bila kita beli rumah di kawasan strategik yang kita tahu harganya akan naik tinggi selepas beberapa bulan atau tahun, apakah kita beli kerana rumah itu atau kerana penjual rumah.
6. Tabung Haji perlu meneruskan aktiviti pelaburannya kerana dua sebab;
Pertama: Untuk terus bagi pulangan dividen yg tinggi pada pendeposit khususnya yang melibatkan pendeposit yang simpan duit di Tabung Haji bagi tujuan pelaburan kerana sudah menunaikan haji. Menurut Tabung Haji mereka dalam kategori ini adalah yang paling ramai iaitu 8.1 juta pendeposit dengan jumlah dana RM32 billion. Kena juga ingat 2014 keuntungan drp pelaburan adalah RM3.2 billion.
Kedua: Untuk terus memberi subsidi pada jemaah haji yang hanya memerlukan mereka bayar RM9980 berbanding kos sebenar haji RM17270 bagi setiap orang. Ini bermakna Tabung Haji subsidi RM7290 setiap orang atau berjumlah RM120 juta bagi tahun 2015..
Justeru hentikanlah kempen2 sebegini yang hanya akan menjatuhkan institusi Islam dan Melayu. Jangan hanya mudah percaya pada maklumat2 yang bersifat andaian bahkan fitnah terutamanya di zaman media sosial yg penuh dengan tohmah dan fitnah. Amalkan prinsip'tabayyun' atau buat penilaian atau siasatan terperinci satu2 maklumat yang datang sebagaimana saranan Allah dalam surah Al-Hujurat sebelum bertindak mahupun menyebarkan dakyah. Berhujahlah atas dasar ilmu dan iman bukannya sentimen dan semangat retorik. Jangan pula nanti kita diibaratkan "menang sorak kampung tergadai".
kalau kerajaan kangkung bankrup apa jadi
ReplyDeletesaya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI-> 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
ReplyDeleteklik-> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D