Monday, May 18, 2015

#DemiRakyat SPAD Akan Ambil Tindakan Tegas Terhadap Operator Bas Express yang Naikkan Tambang Sesuka Hati

Awas dengan tindakan ulat tiket
Menyedari bahawa musim perayaan dan lambakan cuti umum bakal tiba tidak lama lagi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), melalui Ketua Penguatkuasanya Datuk Che Hasni Che Ahmad telah bertindak proaktif dalam memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil kepada pengusaha bas express yang bersekongkol dengan ulat tiket untuk menjual tiket pada harga lebih mahal dari yang sepatutnya.


Bagi kami di #KLChronicle, langkah awal yang diambil oleh SPAD ini amat tepat kerana umum ketahui bahawa apabila musim perayaan atau cuti umum tiba, rakyat akan terhimpit dengan masalah kos tambang bas express yang tinggi. Ini berlaku apabila pengusaha bas ekspress mengambil kesempatan terhadap cuti yang panjang dimana mereka tahu kebanyakan rakyat akan memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing dan sanggup membayar harga tambang yang tinggi jika keadaan terdesak. 

Menurut Datuk Che Hasni, tindakan tegas kan diambil mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Malah, menurut beliau SPAD berharap penumpang yang mengalami situasi ini melaporkan kepada SPAD untuk tindakan,

"Keyword" disini adalah "laporan" perlu dibuat oleh penumpang yang mengalami situasi dimana mereka ditipu oleh pengusaha bas express. Jika tidak ada laporan dibuat, SPAD tidak dapat mengambil tindakan dengan pantas kerana mereka tidak mempunyai maklumat tentang apa yang berlaku. Oleh itu, kami di #KLChronicle menyeru supaya mana-mana penumpang yang ditipu pengusaha bas express segera membuat laporan kepada SPAD. 


Laporan boleh dilakukan melalui pelbagai cara antaranya menghubungi Hotline SPAD di     1 800 88 7723, Type SPAD Aduan dan SMS ke 15888. Malah jika anda seorang pengguna applikasi twitter, anda boleh membuat aduan melalui @aduanSPAD dan akhir sekali sebarang aduan boleh di-email kepada aduan@spad.gov.my. Oleh itu, jika anda ditipu oleh pengusaha bas ekspress, jangan tunggu lagi, lakukan aduan secepat mungkin supaya tindakan dapat diambil. 

No comments:

Post a Comment