|
Datuk Ehsanuddin bersama masyarakat setempat [1] |
Menyedari bahawa pentingya turun ke bawah untuk berjumpa pengundi secara "face to face" , Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Haji Noor Ehsanuddin Bin Haji Harun Narrashid telah mengambil langkah proaktif untuk turun sendiri ke kawasan beliau untuk berjumpa dengan rakyat bagi mendengar keluh resah mereka berkaitan dengan pelbagai isu semasa yang membelenggu kehidupan mereka.
|
Datuk Ehsanuddin bersama masyarakat setempat [2] |
Ini terbukti apabila baru-baru ini, Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Haji Noor Ehsanuddin Bin Haji Harun Narrashid telah turun ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili, lebih tepat lagi Tanjung Sedili bagi berjumpa dengan masyarakat setempat. Program yang dinamakan "Sembang Santai" ini telah dihadiri sekitar 100 orang masyarakat tempatan yang telah secara sukarela hadir bagi memberi cadangan serta pendapat kepada Datuk Haji Noor Ehsanuddin tentang bagaimana cara untuk lebih memperbaiki kawasan Tanjung Sedili dan juga meluahkan apa-apa masalah yang mereka ada kepada ahli parlimen kawasan.
|
Datuk Ehsanuddin bersama masyarakat setempat [3] |
Lebih membanggakan lagi, program tersebut telah dianjurkan oleh JKKK Tanjung Sedili, UMNO Cawangan Tanjung Sedili dan Pusat Khidmat Kota Tinggi. Ini menunjukkan akar umbi UMNO di kawasan parlimen Kota Tinggi bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan ini sekaligus menjadikan UMNO sebagai pilihan masyarakat setempat untuk menjaga kebajikan mereka. Program ini juga telah menjadi tempat dimana Datuk Noor Ehsanuddin menyampaikan maklumat tentang GST dan menyeru rakyat Kota Tinggi untuk terlibat dalam projek Wilayah Pembangunan Iskandar, PIPC dan RAPID Pengerang kerana projek-projek ini dapat meningkatkan pendapatan penduduk tempatan.
|
Datuk Ehsanuddin bersama masyarakat setempat [4] |
Bagi kami di #KLChronicle, langkah proaktif yang diambil oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Haji Noor Ehsanuddin Bin Haji Harun Narrashid wajar dicontohi oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain. Ini kerana, rakyat kini lebih suka kepada pemimpin yang mempunyai "personal touch" berbanding pemimpin yang hanya menghantar pegawai untuk menyelesaikan masalah di kawasan. Apa pendapat pembaca?
No comments:
Post a Comment