KL CHRONICLE: @weekasiongmp : Tan Sri Jamaluddin Jarjis banyak membantu saya

Sunday, April 5, 2015

@weekasiongmp : Tan Sri Jamaluddin Jarjis banyak membantu saya



Datuk Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA telah melahirkan rasa sedih beliau dengan kehilangan Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam tragedi nahas helikopter yang berlaku semalam di Semenyih. Bagi Datuk Dr. Wee Ka Siong pemergian Tan Sri JJ, as he fondly known adalah satu kehilangan besar kepada kerajaan.


Memetik kenyataan media Datuk Dr. Wee Ka Siong, Tan Sri JJ telah banyak membantu beliau (Datuk Wee) ketika beliau menjadi seorang ahli parlimen biasa dan masih membantu beliau ketika Datuk Wee menjadi Menteri. Ini terbukti apabila Tan Sri JJ memberikan perhatian terhadap keperluan penduduk kawasan Parlimen Air Itam yang memerlukan rumah mampu milik melalui PR1MA.

Umum ketahui bahawa Tan Sri JJ merupakan Pengerusi PR1MA yang telah diamanahkan oleh Perdana Menteri bagi memastikan kejayaan program PR1MA ini i.e. memastikan setiap rakyat mampu memiliki rumah sendiri. 

Bagi kami di #KLChronicle tidak salah jika kami katakan Tan Sri JJ merupakan seperti seorang abang kepada Datuk Dr. Wee Ka Siong dan pemergian Tan Sri JJ merupakan satu kehilangan besar kepada Datuk Dr. Wee Ka Siong dan MCA.

Kami di #KLChronicle juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Sri JJ. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Kenyataan Media Datuk Dr. Wee Ka Siong boleh dibaca disini:

Datuk @weekasiongmp sedih atas pemergian Tan Sri Jamaluddin Jarjis : http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/04/datuk-weekasiongmp-sedih-atas-pemergian.html?m=1



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget